Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel memberi respon terhadap kritikan berhubung adegan merokok yang keterlaluan di dalam drama bersiri lakonannya Projek: High Council.
Artikel Berkaitan: Projek: High Council Ditegur, Terlalu Banyak Adegan Merokok Secara Terbuka & Keterlaluan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aksi Menyanyi Tergantung Bawa Tuah, Naim Daniel Terima Pengiktirafan ‘Malaysia Book Of Records’
Memaparkan kisah sebenar remaja
Naim Daniel yang memegang watak ‘Ayam’ di dalam drama bersiri tersebut ketika ditemui OhBulan! menjelaskan bahawa adegan merokok yang ditonjolkan hanyalah untuk memaparkan sisi sebenar kehidupan remaja di sekolah asrama yang wajar difokuskan.
Perkara ini berlaku dalam kehidupan seharian tetapi jarang dibincangkan sebab masyarakat kita makin lama makin bijak. Masyarakat perlu naskah yang dekat dengan diri masing-masing.
Jadi bukan nak kata rokok ini sebagai satu benda normal tapi kita cuba paparkan bibit-bibit dalam kehidupan seharian.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin berkata drama ini boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk semua terutama bagi remaja yang melalui perkara yang sama.
Semua adagen-adegan yang kita buat kita cedok daripada pengalaman-pengalaman berdasarkan kisah-kisah dari asrama tertentu.
Setiap episod kita bagi isu kita bagi solusi. Sebab dalam fasa remaja kita masih cuba cari identiti dan juga ada yang terjebak dengan rokok, terjebak dengan gengsterisme. Tapi akhirnya apa yang menjadikan mereka manusia adalah proses yang mereka lalui itu.
Pelakon berusia 26 tahun ini juga menegaskan bahawa, dia sama sekali tidak menyokong perkara-perkara negatif seperti yang dipaparkan. Namun menerusi drama ini ia boleh melahirkan satu perbincangan tentang masalah yang dihadapi oleh remaja di asrama dan seterusnya menjadi sebagai satu iktibar kepada semua.
Bukan bermakna kita hebah tu maksudnya kita menyokong tapi kita nak tunjukkan dan kita nak jadikan benda ini sebagai satu perbualan dan seterusnya boleh jadi ikhtiar.
Maka apabila kita di sekolah kita tahu apa benda yang kita boleh elak apa benda yang kita boleh terlibat.
Terdahulu, menerusi laman media sosial Facebook (FB), Public Health Malaysia dalam satu hantaran melahirkan rasa kecewa kerana terdapat beberapa adegan merokok dalam kalangan pelajar di sekolah berasrama yang tidak bersesuaian ditonton.
Susulan itu, Public Health Malaysia menggesa produksi filem dan drama agar menghentikan promosi adegan merokok dengan tidak normalisasikan budaya merokok.