Persembahan ‘outstanding’ Naim Daniel yang menyanyi secara tergantung menerusi lagu Mainan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) baru-baru ini telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR).
Artikel Berkaitan: #AJL37: Memang Gempak! Naim Daniel Bikin Penonton ‘Heart Attack’, Selamba Menyanyi Terbalik
Artikel Berkaitan: #AJL37: Naim Daniel Dapatkan Nasihat Doktor Untuk Menyanyi Terbalik & Tergantung
Satu pengiktirafan yang berbeza
Pemilik nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin ketika ditemui OhBulan! menyatakan bahawa dia sangat bersyukur dan terharu kerana persembahan tersebut telah diiktiraf oleh sebuah badan yang tinggi di Malaysia serta berjaya mencipta satu rekod baharu di dalam seni persembahan.
Tujuan utama saya adalah untuk menghasilkan sebuah persembahan yang akan diingati dan Alhamdulillah ia benar-benar menjadi sebuah persembahan yang diingati dan diiktiraf.
Naim yang ditemani ibu bapanya ketika menerima pengiktirafan tersebut berkata, ini adalah satu penanda aras yang baharu bukan sahaja untuk dirinya tetapi untuk persembahan-persembahan yang lain.
Persembahan sebegini kalau ada yang lakukan pada masa akan datang, orang akan kata Naim Daniel dah pernah buat.
Saya akan sentiasa datang dengan pelbagai idea ‘menyusahkan diri’, tapi saya juga bersedia dengan pelbagai persiapan, team serta konsep yang amat baik. Pada saya untuk menjadi seorang anak seni kita mestilah berani mencuba.
Inspirasi dari Sudirman
Dalam pada itu, penyanyi berusia 26 tahun ini juga berkongsi bahawa persembahannya yang di luar jangkaan itu adalah inspirasi dari lagenda Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad.
Saya pinjam semangat Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Iaitu bagaimana beliau boleh datang dengan pelbagai idea persembahan yang menarik dan diingati.
Penyanyi dan pelakon ini juga berkata, ketika melakukan persembahan tersebut dia tidak mengalami sebarang tekanan.
Saya tak rasa tertekan. Persembahan Mainan ini pun memang sebuah persembahan yang saya ‘enjoy’, walaupun pada awalnya ramai yang agak terkejut dengan idea ini.
Tapi persembahan seperti ini hanya sekali seumur hidup sahaja boleh buat.
Tegas Naim, sebelum melakukan persembahan tergantung ini, dia dan pihak pengurusan telah berbincang bersama produksi AJL37 dan juga telah mendapat nasihat doktor tentang teknik pernafasan.
@ohbulanofficial Tak sia-sia. Membuahkan hasil jugak persembahan Naim di AJL37. Tahniah ? #ohbulan #sembangentertainment #naimdaniel #terima #pengiktirafan #malaysiabookofrecords