berita

Najwa Nafi Peroleh RM1 Juta Setahun

January 13th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-01-13 at 12.28.32 PM

Walaupun hanya akan mencecah usia 19 tahun pada bulan Mei ini, anak gadis ini sudah bijak mengumpul aset demi masa depannya. Hasil daripada kerja kerasnya sepanjang bergelar anak seni, dia kini sudah mampu memiliki sebuah kondominium dan kereta.

Terkini, Najwa Latif yang mula dikenali melalui lagu ‘Cinta Muka Buku’ ini dilaporkan telah tersenarai sebagai 5 orang selebriti wanita yang memperoleh pendapatan melebihi RM 1 juta setahun.

Walaubagaimanapun, dalam temubualnya bersama wartawan mStar online, Najwa menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa pendapatannya pada tahun lepas adalah kurang daripada RM500,000.

“Saya masih belum tahap bergelar jutawan seperti dilaporkan namun syukur jika benar pendapatan saya sebanyak itu saya anggap apa yang ditulis sebagai doa”

Jumlah yang diperoleh adalah hasil daripada penjualan album dan nada dering serta persembahan pentas di dalam dan luar negara. Selain itu, pendapatannya itu juga adalah daripada pelantikannya sebagai duta rasmi Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).

Screen Shot 2014-01-13 at 12.33.04 PMNajwa kini sedang sibuk membuat persiapan menjelang Anugerah Juara Lagu ke -28 ini

Najwa yang juga merupakan finalis untuk Anugerah Juara Lagu ke-28 ini (AJL) turut memberitahu bahawa dia tidak berniat untuk bersaing di pertandingan itu, sebaliknya mahu berseronok di samping menghiburkan peminat.

Najwa yang bakal mendendangkan lagu ‘Sahabat’ bersama Sleeq dan Shamkamarul ini berasa amat teruja kerana berpeluang untuk berada di pentas AJL buat kali ke- 2.

Jom kita sama-sama berhibur dengan lagu ‘Sahabat’!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×