berita

‘Nak Back Up Pun Beragaklah’ – Digelar Ahli Syurga Kerana Tegur Neelofa, Ini Respon Abby Abadi

March 1st, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Beberapa hari lepas, nama Neelofa menjadi bualan hangat di media sosial apabila beliau bertindak berani membuat pelancaran tudung di sebuah kelab malam di ibu kota. Ramai yang memberi respon marah berpendapat lokasi tersebut tidak sesuai tambah-tambah lagi ada gadis bertudung yang menari ghairah.

Selain daripada orang awam, rakan selebriti turut memberi teguran berkaitan isu ini termasuklah Abby Abadi, Wardina Safiyyah dan Sarah Hildebrand. Namun, ada penyokong tegar Neelofa yang tidak setuju dan mengaitkan selebriti ini dengan kisah silam mereka.

Hunjat Neelofa seolah diri semulia muslimah

Usah dihina orang yang belum capai level syurga macam kalian

Melalui perkongsian di laman Instagram, Abby Abadi memuat naik screenshot dipercayai daripada peminat Neelofa yang tidak selesa dengan teguran yang dibuat rakan selebriti iaitu Abby Abadi, Wardina Safiyyah dan Sarah Hildebrand. Menurut individu ini lagi, apabila munculnya isu kontroversi semalam ramai pula ahli syurga yang menegur secara menghina. Ini respon Abby Abadi.

Nak back up pun beragaklah – Abby Abadi

Jap jap….. apeni . Apa yg cuba disampaikan ni? Tak faham. Siapa yg menghina? Ada ke saya jatuh hukum pada sesiapa. Berkait dgn isu tudung di kelab malam ini? Sy sekadar berkongsi kata2 yg baik dari Al Fadhil Ustaz Pahrol Mat Joui. Dimana silapnya tu?  Habis lembut dah tulis tu. Nak berhemah mcmana lagi?

Isu terang terangan melibatkan ramai orang jadi teguran/perkongsian pun kena terang terangan juga biar ramai tahu dimana
salah silap yg perlu diperbetulkan . Nak back up beragaklah. Kita ada tanggungjawab besar hidup dalam dunia ni. Biar syaitan je buat kerja dia k.

Satu soalan dari sy selama hari ni awak tak perasan ke awak sokong maksiat?
Terang terangan, bangga pulak lagi tanpa rasa bersalah. Bila nk sedar?

Jarang2 pun sy nk bunyi tapiiiiiiiiii bila timbul kes tudung & kelab malam ni, Isu besar ni Sahabat. Bila ada yg menegur amar maaruf nahi mungkar sama2 lah bermuhasabah diri dan tak perlu emosi ye

@junemrsfiraida_tiamo ?
Satu hal sy nak tahu. Apa kaitan pulak cerita tudung & kelab malam ni. Dengan cerita sy dlm industri dulu? Cer citerr? cer citerr??

Sumber : Instagram Abby Abadi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×