berita

Nak Berlari Sambil Main Dengan Serbuk Pewarna? Jom Sertai The Color Run Ogos Ini!

June 6th, 2014 | by Noraniza
Make-It-Senang

The Color Throw

Dah lama juga rasanya saya tidak berkesempatan untuk menjalani sebarang aktiviti riadah. Al-maklumlah, sibuk dengan kerjaya dan urusan seharian sehinggakan masa untuk bersenam juga terpaksa di ketepikan.

Tetapi, pastinya saya tak akan melepaskan peluang untuk menyertai program The Color Run yang bakal berlangsung pada 17 Ogos depan.

Kalau nak tahu, program ini sebenarnya sudah pernah diadakan di Singapura dan Indonesia tau! Mesti anda tertanya-tanya apa yang best sangat dengan The Color Run kan?

The Color Run Malaysia - Instagram

Majlis perasmian The Color Run 2014! Meriah

The Color Run yang juga dikenali sebagai Happiest 5K on the Planet merupakan sebuah program unik yang memerlukan anda berlari sambil di’mandikan’ dengan serbuk pewarna. Ha.. menarikkan?

Syaratnya mudah sahaja. Mulakan larian dengan baju t-shirt berwarna putih dan sampai di garisan penamat dengan baju berwarna-warni.

Lebih menarik lagi, tiada masa penamat yang ditetapkan oleh pihak penganjur kerana larian ini diadakan khas untuk orang ramai meraikan kegembiraaan dalam kehidupan yang disimbolikkan menerusi warna-warna tadi.

Jadi, anda bolehlah berlari-lari anak, atau sekadar chilllax berjalan dengan rakan-rakan sambil menikmati keindahan kota Kuala Lumpur.

Bakal diadakan di Padang Merbok Kuala Lumpur dan yuran pendaftaran hanyalah RM 75 sahaja seorang. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari The Color Run. Jom jumpa di sana ya!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×