Jalan terbaik untuk membebaskan diri daripada hawa nafsu yang membelenggu kehidupan adalah dengan menunaikan solat. Justeru, jika seseorang berniat untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan, mulakanlah dengan menunaikan dan memperbaiki solat.
Jom perbaiki solat
Tak dinafikan, setiap manusia mempunyai banyak kekurangan diri malah kita semua tidak lari daripada melakukan dosa sama ada sengaja atau tidak. Malah, kita juga sering dihantui dengan kisah dan dosa masa silam sehingga sampai satu tahap, terdetik dalam hati mahu berhijrah dengan memperbaiki diri menjadi lebih baik.
Maka permulaan untuk menjadi diri adalah dengan memperbaiki solat. Solat merupakan ibadah yang paling utama dalam islam, bahkan dalam sebuah riwayat solat merupakan tiang agama. Jika solat kita masih belum terjaga, masih berlubang, maka tiang tersebut pasti juga akan ikut berlubang. Sama dengan agama, jika kita tidak mengerjakan solat, seolah-olah kita merobohkan agama kita sendiri.
Bagaimana cara perbaiki diri?
Bagaimana caranya? Sudah semestinya dengan Aplikasi Waktu Solat Malaysia. Aplikasi ini sangat dicadangkan buat semua Muslim kerana mempunyai pelbagai ciri bermanfaat terutamanya untuk mereka yang mahu memperbaiki solat serta mempelajari ilmu berkaitan solat.
Marilah kita sama-sama menjadikan aplikasi Waktu Solat Malaysia sebagai panduan dan semangat untuk kita menuntut ilmu secara berterusan untuk baiki solat. Jangan lepaskan peluang untuk muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia secara PERCUMA supaya kita dapat perbaiki solat sekaligus perbaiki diri dan kehidupan kita.