berita

Nak ‘Bolot’ Komisen Tuntutan Insurans Punya Pasal, Ejen Insurans Bakar 8 Buah Kereta

November 18th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang ejen insurans telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki menjadi dalang dalam pembakaran lapan buah kenderaan. Tindakan nekad itu dilakukan hanya kerana ingin mendapatkan komisen tuntutan insurans.

Lapan buah kereta dibakar

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Kosmo Online, suspek yang merupakan ejen insurans dan pemilik-pemilik kenderaan itu telah mendapat kata sepakat dan bersetuju untuk membakar kenderaan milik mereka dengan menggunakan diesel.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, selepas menerima laporan orang awam, pihak polis bergegas ke lokasi yang dimaksudkan iaitu di tempat letak kereta di Kondominium Sri Putramas, Sentul. Difahamkan, kes seperti itu sudah terjadi sejak bulan Jun yang lalu.

Suspek ada rekod lampau

Pakaian yang digunakan suspek ketika melakukan pembakaran

Hasil daripada siasatan mendapati terdapat lapan buah kereta yang terlibat termasuklah kereta jenis Bentley, Mercedes Benz, Toyota dan Perodua. Menurut sumber Sinar Harian, kerugian akibat kebakaran itu mencecah sehingga RM190,000.

Hasil siasatan terhadap lelaki berusia 35 tahun itu membawa kepada pembongkaran kereta itu dibakar dengan persetujuan pemilik kenderaan bagi mendapatkan tuntutan insurans.

Sementara itu, pihak polis mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau melibatkan tipu dan judi. Suspek telah direman sehingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 iaitu khianat dengan api.

Sumber: Kosmo Online, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×