Bila korang dah selalu sangat scroll media sosial tu kadang-kadang mesti akan ada perasaan FOMO. Ye lah dari korang asyik duduk rumah je.. Haa… apa kata korang rancang aktiviti lain daripada lain bersama sahabat tersayang pulak? Confirm takkan menyesal punya!
Jadi, untuk semua KFC lovers! Min ada berita baek nak share dekat korang ni. Bersempena dengan Ulang Tahun KFC ke-50, KFC Malaysia ingin melancarkan pengalaman Pop-up yang mengujakan dipanggil Kentucky Town. Wow….syoknya!
Di sinilah tempat di mana korang dan sahabat baik boleh datang hadir untuk berkongsi masa dengan sebaiknya. Psst… dengar – dengar katanya ada beberapa item menu rahsia dari KFC dan cabutan bertuah harian jugak, jom tengok korang bertuah ke tidak!
Bukan tu je, untuk yang hadir ke Kentucky Town Pop-up ini korang juga akan berpeluang untuk membeli cenderamata KFC edisi terhad semasa acara dijalankan.
Info penting:
Kentucky Town
Tarikh: 4 Julai (2PM dan seterusnya) – 10 Julai 2023
Masa: 10 pagi – 10 malam
Lokasi: Sunway Pyramid, Blue Concourse
Pelbagai menu istimewa hanya di Pop-up Kentucky Town. Kalau terlepas ni confirm rugi!
Jangan lepaskan peluang untuk korang try beberapa item menu rahsia istimewa yang dibawakan khas oleh Kentucky Town untuk korang dan rakan-rakan cuba nanti.
Antaranya ialah ciptaan baru KFC Double Down dan Drummettes extra kaw kaw pedas gila. Menu-menu ni, korang boleh jumpa kat kedai Pop-up saja. Limited Edition tau! Ada jual dekat sini jugak kalau korang nak beli!
So berani tak sahut cabaran dengan sahabat korang bersama menu edisi terhad ni! Hanya available tujuh hari pada 4 Julai hingga 10 Julai ni je tau.
Nak simpan kenangan manis di Kentucky Town yang Instagram worthy ni? Jom bergambar di terowong AR dan Bucket KFC! Ada barangan edisi terhad weh!
Korang nak tak merasai pengalaman bertukar menjadi avatar yang menarik? Psst… korang mungkin boleh berubah menjadi salah satu karakter KFC melalui skrin terowong AR ni. Mesti gempak weh!
Selain tu, korang juga boleh bergambar di Bucket tub KFC tapi dalam bentuk real life saiz. Wow boleh imagine tak? Siap ada plushie KFC comel berbentuk drumstick sekali!
Kat sinilah korang boleh nak bergambar puas-puas bersama bestie korang tu. Jangan risau, akan ada PIC yang bantu korang nak ambil gambar nanti. Janji semua kena plan awal-awal nak posing macam mana di tub KFC tu!
Bukan tu je, Kadang-kadang korang mesti rasa malas nak que panjang semata nak try pakaian kan? Haa… dengan adanya cermin pintar ni korang boleh senang-senang je cuba barangan eksklusif edisi terhad dari KFC secara virtual. Wow canggih beb!
Nak tahu korang bestie atau kawan biasa je? Meh uji friendship korang dengan permainan interaktif! Ada hadiah menarik juga tau!
Meh uji dan lihat sejauh mana keserasian korang bersama sahabat tu dengan sertai pelbagai permainan yang menguji persahabatan seperti cabaran masa, permainan menggunakan koordinasi tangan-mata, menangkap gerakan dan banyak lagi!
Haa…time ni lah masa untuk korang nak uji pengetahuan dan chemistry kawan baik korang tu. Barulah boleh mengaku bestie kalau dapat 10/10 kan!
Nak tahu lebih details macam mana game ni mesti la korang kena datang dan experience sendiri. Confirm korang akan terasa adrenaline rush je sepanjang permainan ni.
KFC juga akan sediakan leaderboard nak bagi korang tingkatkan lagi semangat persaingan yang mesra. Baru lah adil nak tahu siapa yang gelar juara tu nanti!
Seronokkan aktiviti di atas tu? Jadi cepat-cepat kosongkan jadual korang dan cipta kenangan manis bersama sahabat tersayang. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh ke laman web KFC!