Umum mengetahui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP ahli dan membenarkan ahli untuk mengeluarkan wang mereka dari akaun 3 (Fleksibel).
Artikel Berkaitan: Cara Pemindahan & Pengeluaran KWSP Akaun Fleksibel (Akaun 3)
Namun, KWSP telah meletakkan had maksimum pengeluaran melalui akaun fleksibel adalah RM250 sahaja sehari.
e-KYC KWSP
Oleh hal demikian, ahli yang ingin membuat pengeluaran wang melebihi RM250 (Akaun 3) perlu melalui proses e-KYC secara dalam talian atau mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari.
Untuk pengetahuan semua, e-KYC adalah singkatan ‘electronic Know-Your-Customer’ yang merupakan satu proses pengesahan identiti secara elektronik melalui teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun. Proses ini diperlukan bagi memastikan kesahihan identiti pemohon ditentukan terlebih dahulu sebelum akaun KWSP ahli diaktifkan.
Siapa perlu daftar e-KYC?
1. Ahli yang tak pernah ada rekod pengeluaran
2. Ahli yang baru kali pertama mohon pengeluaran
3. Ahli yang mohon pengeluaran Akaun 3( Fleksibel) lebih dari RM 250
4. Ahli yang buat penukaran nombor akaun bank selain daripada akaun bank yang ada dalam rekod data KWSP
Adalah diingatkan, anda diminta untuk memuat naik gambar kad pengenalan di dalam sistem KWSP dan sekiranya gagal, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari.
Bagaimana nak daftar e-KYC?
1. Log Masuk ke i-Akaun KWSP dan klik bahagian ‘Pengeluaran’
2. Kemudian pilih ‘Keluarkan Simpanan Anda’
3. Pilih jenis pengeluaran ‘Akaun Fleksibel’
4. Tetapkan jumlah yang ingin anda keluarkan
5. Masukkan maklumat akaun bank dan sahkan butiran pengeluaran
6. Sahkan perakuan pengeluaran
7. Kemudian pilih ‘kaedah 1’ untuk membuat proses e-KYC