berita

Nak Buktikan Cinta, Gadis 15 Tahun Sanggup Suntik Diri Sendiri Dengan Darah Teman Lelaki Positif HIV

August 12th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Demi membuktikan cintanya terhadap pasangan, seorang remaja perempuan sanggup menyuntik darah milik teman lelakinya yang positif HIV ke dalam tubuhnya sendiri.

Suntik darah HIV dalam diri

Memetik laporan India Times, gadis yang berusia 15 tahun dari Suwal Kuchchi, India berkenalan dengan teman lelakinya melalui Facebook. Sejak daripada itu, hubungan mereka menjadi semakin akrab dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk menjalinkan hubungan cinta.

Menurut Kalinga TV, pasangan remaja itu telah bersama sejak tiga tahun lalu. Bukan itu sahaja, sebelum ini, gadis itu juga pernah beberapa kali cuba melarikan diri bersama si kekasih namun dia akhirnya dibawa pulang oleh ibu bapanya.

Namun baru-baru ini, gadis ini nekad menyuntik darah milik teman lelakinya yang positif HIV ke dalam tubuhnya sendiri. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keluarga gadis itu memulakan prosiding undang-undang terhadap lelaki terbabit. Susulan daripada laporan yang diterima, pihak polis telah menahan lelaki terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: India Times

SKIP THIS AD ×