Dah penat lelah bekerja seharian, mesti nak juga masa untuk relaks-relaks sambil sembang santai kan? Tak kiralah dengan family ke, kawan ofis ke ataupun dengan si buah hati.
Bila namanya relaks, dah tentu nak tempat yang selesa dan menu yang pelbagai untuk menjamu selera. Buat kaki instagram pulak, mesti nak lepak sambil tambah foto social media berlatarbelakangkan cafe hipster.
Ha.. Kami ada satu lokasi yang nak share dengan korang ni. Cukup hipster. Selesa gila. Makanan Superb! The Hideout Cafe lah pilihan terbaik!
Masuk program JJCM weh!
Uih.. Bukan calang-calang cafe ni ya. Mana taknya, The Hideoout Cafe ni dah masuk program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) yang dihoskan Nazrudin Rahman tu.
Kalau dah masuk JJCM memang bukan calang-calang cafe ni!
Pelbagai pilihan kopi yang menusuk jiwa!
Buat penggemar kopi, sudah tentu anda akan gila di sini sebab banyak sungguh pilihan kopi yang ada. Semuanya memang sedap. Antara ‘koleks’ kopi yang korang boleh pilih ialah Long Black, Roasted Almond Latte, Caramel Machiatto.
Kalau nak yang sejuk pun ada macam-macam pilihan, ada coolers, mocktails, smoothie, milkshake. Memang pening nak pilih weyh!
Dah ada kopi, tak lengkaplah tanpa kek kan?
Kalau admin memang tak lengkap nak ‘mengopi’ tanpa sepotong kek. Barulah balance kan. Kalau korang nak tahum kek kat sini dibuat sendiri tau. Takde order-order kat kedai lain. Kiranya memang fresh setiap hari. Patutla sedap dia lain macam!
Eh, lapar lah, takde ke yang ‘heavy’ sikit?
Cukup heavy ke tidak tu? Nah, ini antara menu yang korang wajib cuba… Mix grill yang terdiri daripada rib eye, lamb chop, chicken breast, Fettucini Carbonara, Spaghetti Al Pesto, Salmon Fettucini, Fried Calamari.. Fuh, kalau nak senaraikan memang banyak!
Makanan Asian pun ada!
Hideout Chicken Rice, Nasi Lemak Ipin, Indian Buttered Prawn dan Sambal Udang Petai! Lazat tak terkata! Nak best lagi, ada juga Kampung Special yang korang boleh cuba Asam Pedas dan juga Masak Lemak Cili Api! Bab harga pun memang reasonable.
Nyummeeh.. Memang kenyang perut sukahati!
Environment pun memang tenang dan selesa untuk chill…
So, apa tunggu lagi. The Hideout cafe memang port terbaik! Nak infomasi lanjut, korang boleh refer di laman Facebook The Hideout .