berita

‘Nak Civic, Tak Nak Myvi’ – Anak Bengang Bapa Mungkir Janji

January 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook UTAR Confession, seorang anak bengang apabila bapanya mungkir janji untuk membelikan sebuah kereta jenis Honda Civic beberapa bulan yang lalu. Menurut anak tersebut, bapanya hanya belikan Perodua Myvi sebagai ganti kereta yang diinginkannya itu.

Beza ribu ringgit sahaja

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan World of Buzz, anak kepada pasangan suami isteri tersebut dipercayai marah dan tidak berpuas hati apabila kereta yang diterima olehnya itu tidak sama seperti apa yang diinginkan. Tambah lelaki tersebut, pada mulanya dia menganggap bapanya itu sekadar bergurau namun, tidak sangka ianya memang benar.

Pada suatu hari ibu memberitahu kereta baru telah sampai dan saya gembira keluar rumah untuk melihat kereta itu. Namun, kegembiraan saya bertukar duka apabila kereta yang dibeli bapa itu hanya Myvi. Memang tidak puas hati dengan kereta yang diterima, saya berhadapan dengan bapa. Tetapi bapanya hanya ketawa sahaja. Katanya lagi, mungkin bapanya membeli kereta tersebut hanya untuk mengusiknya sahaja.

Dia membeli Myvi tersebut dengan wang tunai tetapi tidak dapat membeli Civic yang hanya bezanya beberapa ribu ringgit? Dia sendiri memandu Volvo yang berharga lebih dari RM300k!

Menerusi perkongsian itu juga, lelaki tersebut meluahkan rasa marah kerana harga kereta yang diinginkannya itu berbeza beberapa ribu ringgit sahaja jika dibandingkan dengan kereta yang telah diberikan kepadanya itu.

Malu dengan rakan

Sekadar gambar hiasan

Lelaki tersebut turut meluahkan rasa malu untuk berdepan dengan rakan-rakannya yang rata-rata memandu kereta mewah. Jelasnya lagi, dia perlu berjaya dalam peperiksaan pada semester pertama dan membantu bapanya dalam menguruskan hal perakaunan syarikat terlebih dahulu sebelum mendapat kereta yang diinginkan itu.

Hampir seminggu lelaki tersebut bermasam muka dan tidak bercakap dengan bapanya. Namun, hubungan mereka kembali pulih selepas bapanya sering membelikan makanan kegemarannya dan menghantar mesej kepadanya setiap hari. Sebagai anak, sehingga hari ini dia masih mempersoalkan mengapa bapanya tidak mengikut kehendaknya dan melayannya dengan baik.

Sumber: World of Buzz

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×