berita

‘Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Badan?’ – Netizen Kecam Pemuda Buka Baju Terima Suntikan Vaksin

June 8th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Niat seorang pemuda untuk menyebarkan mesej positif mengenai pengambilan vaksin Covid-19 di media sosial disalah erti oleh netizen apabila fotonya ketika disuntik vaksin menerima kecaman netizen.

Foto yang memperlihatkan sebahagian bajunya dibuka itu ditularkan di laman Twitter sehingga pemuda berusia 26 tahun itu didakwa sengaja mahu menayang badan ‘sado’ miliknya.

Ambil saja baju yang ada

Settle vaksin. So lepas cucuk vaksin terus Anas rasa lapar. So far demam sakit kepala dan sebagainya tak ada Alhamdulillah. Sebelum nak ambil vaksin tu make sure lah ambil supplement di bawah ni. Sebab Anas memang jenis maintain supplement Anas untuk elak dari demam, selsema dan batuk. Anas akan maintain supplement untuk kuat kan system body Anas.

Pemuda yang dikenali sebagai Anas Dzulkefflee ini memberitahu bahawa dia tiada sengaja untuk menayangkan badannya semasa mengambil vaksin pada beberapa hari yang lalu. Jelas Anas, dia mendapat tahu mengenai janji temu bagi suntikan vaksin pada saat akhir. Oleh itu, dia mengambil saja baju yang ada pada masa itu.

Menurut Anas, niat asalnya sekadar mahu kongsi mesej positif sekali gus mengalakkan orang ramai untuk mengambil vaksin. Namun, segelintir individu tidak membaca dan faham mengenai mesej yang ingin disampaikan.

Nak tayang badan atau suntik vaksin?

Nak suntik vaksin ka nak tayang badan?

Lepas suntik vaksin boleh jadi sado kot.

Motif tunjuk gambar macam ni nak ambil vaksin. Kenapa tak pakai baju tak ada lengan?

Di Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa ‘tidak senang’ sebaik sahaja melihat foto Anas. Namun begitu, ada juga yang menganggap tindakan Anas membuka bajunya itu sebagai langkah yang bijak kerana membantu dan mempermudahkan urusan frontliners ketika memberi suntikan vaksin kepada dirinya.

Sumber: Anas

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×