Di Malaysia, Luno ialah bursa aset digital terkawal pertama, di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang menawarkan platform yang selamat dan terjamin untuk rakyat Malaysia mula melabur dalam mata wang kripto.
Dengan maklumat yang senang difahami dan pengalaman aplikasi yang mudah dan mesra, ia dapat membantu korang untuk melabur dengan serendah RM1 saja.
Barulah korang boleh ada keyakinan untuk mula melabur di platform yang diiktiraf, dipercayai, selamat dan mesra pengguna!
Jom tengok beberapa kebaikan yang korang boleh dapat ketika melabur bersama Luno dan peluang menangi hadiah lumayan!
Mudah digunakan
Korang pernah ke hadapi masalah kekeliruan sewaktu ingin menggunakan aplikasi kripto? Yelah tak semua pelabur mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang luas dalam mata wang kripto. Lagi-lagi yang beginner baru nak start melabur tu.
Tapi dengan Luno, masalah seperti ini jarang berlaku sebabnya aplikasi dan laman web Luno amat mudah digunakan dan menjadikannya lebih mudah diakses oleh pemula atau individu yang kurang celik teknologi untuk memasuki pasaran kripto.
Luno menyediakan aplikasi mudah alih dan laman web yang mudah diikuti sesuai untuk pengguna dari semua peringkat. Barulah dapat mengurangkan masalah kemasukan dan menarik lebih ramai pelabur.
Bukan tu je, pengalaman pengguna yang positif dapat membantu membina kepercayaan dan menggalakkan pengguna untuk melibatkan diri secara lebih aktif dengan platform pelaburan!
Belian minimum rendah
Bila nak mula melabur tu mesti risau dengan angka wang yang korang perlu sediakan terlebih dahulu. Yelah pada awal tu mesti kita tak nak invest terlampau banyak dulu kan? Jadi jangan risau, kalau korang melabur bersama Luno, korang boleh mula berdagang mata wang kripto dari serendah RM1 je tau!
Pasaran kripto boleh menjadi tidak menentu, jadi min nasihatkan untuk korang mulakan dengan pendekatan konservatif sehingga korang jadi lebih biasa dengan dinamik pasaran.
Baru ada keyakinan dalam membuat keputusan pelaburan kita kan? Itu pentingnya korang perlu mulakan dengan jumlah pelaburan kecil yang korang selesa dulu.
Deposit segera
Korang tahu kan pilihan deposit segera dalam konteks pelaburan di syarikat kripto boleh menawarkan pelbagai kelebihan yang menarik?
Antaranya ialah pengguna dapat memanfaatkan peluang pasaran mata wang kripto. Pasaran wang kripto boleh menjadi tidak menentu dengan harga turun naik dengan cepat.
Jadi keupayaan deposit segera ni boleh lah menyenangkan pelabur memindahkan dana dengan cepat ke dalam akaun dagangan mereka.
Bestnya dengan Luno, korang boleh senang-senang je deposit melalui FPX untuk segera menikmati dana MYR dalam akaun korang. Takda masalah seperti perlu ambil masa beberapa hari sebaliknya duit korang tu akan dapat serta merta terus. Wow… syokkan tak perlu tunggu lama-lama!
Lebih selamat
Bila memilih platform nak melabur ni, korang perlu pastikan ia selamat dulu untuk menyimpan dan telah melalui proses dan prosedur keselamatan yang canggih dan berlapis.
Sebelum melabur tu, selidik dan pilih platform yang mempunyai reputasi baik, langkah keselamatan yang kukuh, mesra pengguna dan menyokong pelbagai jenis mata wang kripto.
Dengan menyediakan platform yang selamat, barulah pengguna boleh rasa tenang dan percaya bahawa pelaburan dan data peribadi mereka dilindungi dengan baik.
Jadi, korang tak perlu risau lagi sebab keselamatan kripto korang adalah keutamaan mereka tau!
Antara ciri-ciri keselamatan digunakan oleh Luno seperti kata laluan, pengesahan dua faktor, cap jari, infrastruktur, keselamatan organisasi, Bug Bounty dan pelbagai lagi. Semua ini bagi memastikan pengguna sentiasa rasa selamat sewaktu melabur bersama Luno.
Selamat dan terkawal
Tak yakin dengan platform Luno sebab risau tidak patuh syariah? Korang tak perlu was-was lagi dah sebab pelaburan mata wang kripto dibenarkan tau selagi korang melabur di bursa yang berdaftar.
Ini kerana mata wang digital tersebut tidak dikategorikan sebagai barang ribawi dan telah berdaftar. Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah menyimpulkan bahawa pelaburan dan perdagangan mata wang kripto di bawah DAX yang berdaftar di Malaysia adalah dibenarkan.
Antara beberapa pertukaran kripto korang boleh beli yang diiktiraf oleh Luno seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin, Ripple (XRP), Bitcoin Cash, Chainlink, Uniswap, Cardano dan Solana menggunakan Ringgit Malaysia.
Pendidikan
Melabur dalam kripto boleh menjadi rumit, dan ramai pengguna memerlukan sumber dan bimbingan pendidikan.
Itu sebabnya, Luno telah mengambil pendekatan pendidikan pertama melengkapkan pelabur dengan pengetahuan betul tentang kripto dan pelaburan. Tak perlu confuse nak start dari mana jika korang masih beginner lagi bersama panduan Luno telah sediakan!
Caranya mudah saja, korang boleh ke laman web Luno untuk mempelajari dari artikel, tutorial, kursus dan sumber pendidikan yang disediakan bagi memudahkan korang belajar dan memahami mengenai selok belok pelaburan mata wang kripto.
Korang juga boleh didik diri sendiri untuk sentiasa belajar tentang pasaran kripto dengan up to date berita dan perkembangan terkini. Pastikan korang ikuti berita dan perkembangan terkini serta sumber bereputasi yang boleh dipercayai.
Haa… peluang menangi hadiah bernilai sehingga $10,000 dalam Bitcoin. Banyaknya! Jom ketahui caranya.
Korang nak tahu tak? Memandangkan sekarang telah menandakan ulang tahun ke-10 Luno, Luno ingin menjemput korang untuk raikan bersama serta berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga $10,000 dalam Bitcoin. Wow menarik kan!
Alang-alang korang dah banyak invest bersama Luno tu, apa kata korang cuba pulak join giveaway menarik ni untuk berpeluang menjadi salah seorang daripada 10 pemenang bertuah untuk memenangi Bitcoin bernilai $1,000. Ini salah satu cara Luno ingin menunjukkan penghargaan dan raikan pengguna yang setia melabur bersama Luno dari tahun 2013 sehingga kini. Jom ketahui caranya!
Korang juga berpeluang untuk memenangi Bitcoin! Berikut ialah cara untuk mengambil bahagian:
LANGKAH 1: Muat turun aplikasi Luno di Google Play atau App Store
LANGKAH 2: Daftar untuk akaun dan dapatkan pengesahan
LANGKAH 3: Klik tab “Ganjaran”, dan kemudian masukkan kod promo LUNO10, untuk peluang menjadi salah seorang daripada 10 pemenang bertuah untuk memenangi Bitcoin bernilai sehingga $1,000
Bukan tu je, korang juga akan dapat sejumlah kecil kripto selepas penyertaan. Tapi korang kena cepat-cepat join sebab pertandingan ni akan ditutup bila Luno telah menerima sebanyak 10,000 penyertaan saja tau!
Jadi tunggu apa lagi? Jom sertai dan raikan ulang tahun ke-10 bersama Luno! Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh layari laman web rasmi Luno, media sosial Instagram serta Facebook dan Luno Malaysia Community! Korang juga boleh ke pelancaran posting Luno di Facebook dan Instagram untuk melihat perkembangan terkini tentang giveaway Luno!