berita

Nak Dating Tapi Nak Makan Western? Ini 8 Tempat Korang Boleh Luang Masa Bersama!

June 15th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Selalunya bila keluar dating, selain soalan “Nak pergi mana?”, satu lagi soalan wajib yang mesti ditanya adalah “Nak makan kat mana?”.

Buntu dibuatnya, yelah kadang-kadang tu asyik makan kat restoran yang sama je, bosan pulak. Ha..jangan pening-pening, apa kata kali ni min suggest kat korang antara tempat-tempat makan western yang memang ideal untuk korang dating sambil menikmati makanan yang enak!

1. Table9 Cafe & Kitchen

Table9

Bermula dari sarapan pagi sehingga makan malam, Table 9 Cafe & Kitchen memang pilihan yang tepat untuk korang meluangkan masa bersama yang tersayang. Menyajikan variasi makanan barat yang terdiri daripada pizza, spaghetti, sandwich, risotto serta hidangan Mediterranean dengan sedikit sentuhan Korea, menjadikan Table 9 sebuah restoran yang unik dengan harga yang berpatutan.

Restoran ni juga terkenal dengan hidangan pencuci mulut terkenal Korea iaitu bingsu dengan pelbagai pilihan perasa seperti Espresso Bingsu, Red Bean Mochi Bingsu, Tomato Bingsu, Oreo Bingsu, Blueberry Bingsu, Green Tea Bingsu, Tiramisu Bingsu dan Mango Bingsu.

Lokasi: 21, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (9.30 AM – 11.00 PM)
Jumaat – Ahad (9.30 AM – 12 tengah malam)

2. Franco

Zomato

Hmm..dah bosan nak makan nasi? Apa kata korang try pula makanan fusion dari Itali dan Jepun di Franco. Lokasinya yang terletak di Nu Sentral memang sangat strategik.

Lepas dah shopping dan tengok wayang tu, perut pun dah lapar, so bolehlah singgah isi perut di Franco dengan seleksi makanan seperti pizza, pasta, sup, salad, pancake dan menu istimewa Jepun seperti Japanese Roasted Chicken Rice, Chicken Teriyaki Rice dan banyak lagi!

Lokasi: L3 06-08, Level 3 Nu Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi:
Isnin –  Ahad (10.00 AM – 10.00 PM)

3. OpahGrill Restaurant

foodpanda

Jika pasangan korang teringin nak makan makanan barat seperti chicken grill, chicken chop, fish and chips, salmon dan burger, bolehlah dine in di OpahGrill. Restoran ala steakhouse ini menghidangkan hidangan barat dari daging dan bahan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Lokasi: 58, Jalan Lumut, Titiwangsa Sentral, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Isnin –  Ahad (12.00 PM – 11.00 PM)

4. Love A Loaf

Love a Loaf

Untuk tea-time pula, bakeri Love A Loaf pula menyajikan puluhan pilihan pastri, roti, kek dan kopi yang dibakar dan dibuat segar setiap hari. Memang boleh rambang mata!

Yang penting, bahan-bahan yang digunakan adalah bahan premium seperti tepung dari Taiwan dan Singapura serta mentega tulen dari New Zealand.

Lokasi: 1-1-16, Tingkat Mahsuri,11950, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Waktu Operasi:
Isnin –  Ahad (9.00 AM – 10.00 PM)

5. La Chica Mexican Grill

Jika korang inginkan kelainan, kami cadangkan korang untuk cuba La Chica Mexican Grill. Terletak di Bukit Bintang, KL, restoran ini menyajikan hidangan asli dari Amerika Latin seperti tacos, quesadillas, burrito, fajitas, nachos, empanadas dan macam-macam lagi. Memang korang akan terasa-rasa seperti berada di Mexico!

Lokasi: 20-2, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Isnin –  Ahad (3.00 PM – 11.30 PM)

6. Nathan’s Famous

Hanya menggunakan 100% daging halal yang diimport dari Australia, Nathan’s Famous adalah restoran makanan segera terkenal untuk hotdog’s dan burger lover cuba! Nikmati puluhan pilihan frankfurters, burger dan fries dengan rasa original dari New York City.

Lokasi: Lot No. 241, Level 2, Suria KLCC, Persiaran Petronas, Kuala Lumpur City Centre
Waktu Operasi:
Isnin –  Ahad (9.00 AM – 10.00 PM)

7. Quivo

Quivo

Terdapat lebih daripada 80 pilihan menu seperti snek ringan, pizza, burger, pasta, quivo mini, sup dan hidangan kontemporari Mediterranean di Quivo. Rasa yang autentik dengan konsep dan suasana santai restoran pasti dapat berikan pengalaman unik buat pasangan bercinta.

Lokasi:The Mall, Mid Valley Southkey, 1, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi:
Isnin –  Ahad (10.00 AM – 2.00 AM)

8. Cafe Hanz & Jane

Facebook Hanz & Jane

Orang-orang Ipoh bolehlah datang dan nikmati aroma dan rasa kopi di cafe comel Hanz & Jane ni. Bukan hanya kopi, tetapi korang boleh pesan snek, makanan ringan, pastri dan kek untuk dinikmati bersama yang tersayang.

Lokasi: 72, Lebuh Bercham Timur, Taman Seri Bercham, 31400 Ipoh, Perak
Waktu Operasi:
Isnin –  Ahad (9.30 AM – 9.00 PM)

Haa..amacam? Lepas ni kalau korang dah takde idea nak bawa kekasih hati ke mana, bolehlah cuba list yang min cadangkan ni. Mesti dah tiada pergaduhan manja tentang nak makan kat mana berlaku!

SKIP THIS AD ×