berita

Nak Gandakan Jualan Perniagaan Anda? Mari Sertai Jom Masuk TV 1 Ogos Ini!

July 22nd, 2019 | by Wan
Shout Out!

Jika anda seorang usahawan, peniaga atau lebih tepat seseorang yang menjalankan perniagaan, mesti tahu betapa sukarnya untuk memasarkan perniagaan yang dijalankan. Lebih malang, wang dah banyak dilaburkan untuk tujuan pemasaran tapi jualan masih kurang tidak seperti yang dibayangkan. Tak hairanlah jika ada usahawan yang gulung tikar biar pun baru sahaja berjinak dalam bidang perniagaan.

Istimewa untuk anda yang tinggal di sekitar Lembah Klang dan sedang mencari platform untuk memasarkan perniagaan, ini peluang keemasan sebab team #JOMMASUKTV akan mengadakan seminar mereka di Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2019.

Jom dapatkan tempat anda sekarang!

#JOMMASUKTV merupakan program yang bertujuan menggalakkan koperasi atau usahawan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka menerusi platform televisyen. Ini merupakan peluang menarik untuk mereka memperluaskan pasaran dan seterusnya menambah pendapatan. Dilancarkan pada tahun lalu, #JOMMASUKTV diteruskan lagi pada tahun ini selepas mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai.

Menerusi seminar itu nanti, para usahawan berpeluang untuk mempelajari teknik pengiklanan televisyen daripada Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB, Johan Ishak. Bukan sahaja dapat mempelajari teknik pengiklanan televisyen, anda juga berpeluang bertanyakan soalan secara langsung tentang perniagaan.

Jadi tunggu apa lagi! Jom daftar sekarang. Tempat adalah terhad kepada 50 syarikat atau individu pertama sahaja. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hotline: 019 241 6410 / 03-76213322 atau e-meil: [email protected]

SKIP THIS AD ×