![]()
Selepas dilancarkan buat pertama kali pada tahun lalu, Program Usahawan #JOMMASUKTV oleh Media Prima Bhd (Media Prima) mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai terutamanya para usahawan koperasi yang mahu memasarkan produk mereka di kaca televisyen.
#JOMMASUKTV merupakan program bertujuan untuk menggalakkan koperasi bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka menerusi platform televisyen. Ini merupakan peluang menarik untuk mereka memperluaskan pasaran dan seterusnya menambah pendapatan.
Kalau korang ada perniagaan yang ingin dipasarkan, apa kata cuba #JOMMASUKTV pula. Ini 5 sebab kenapa perniagaan korang kena masuk TV!
TV Media Prima dekat di hati
![]()
Setelah berabad lamanya menyajikan program-program menarik kepada seluruh rakyat Malaysia, rangkaian Sistem Televisyen Malaysia Bhd (STMB) menerusi TV3, TV9, 8TV dan NTV7 terus diminati penonton. Saban tahun jumlah penonton di ke semua stesen TV ini sentiasa bertambah.
Menerusi laporan Nielsen, sebanyak lebih 90% isi rumah di Malaysia menonton rangkaian televisyen Media Prima. Bukan itu sahaja, rancangan dari rangkaian televisyen Media Prima sering tersenarai di dalam top 10 rancangan paling diminati di Malaysia. Jadi perniagaan korang akan ditonton oleh jutaan penonton rangkaian televisyen Media Prima.
Siapa je dekat Malaysia ini tak pernah tonton TV3 kan?
Rancangan menarik
![]()
Selain drama yang menarik, rangkaian televisyen Media Prima sarat dengan program menghiburkan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Ada rancangan realiti TV, rancangan bual bicara, hiburan & gaya hidup, anugerah, berita dan banyak lagi.
Rancangan seperti Wanita Hari Ini, Malaysia Hari Ini, Jalan-Jalan Cari Makan cukup dekat di hati penonton. Menerusi pakej yang ditawarkan, para usahawan boleh memilih untuk memasarkan perniagaan mereka di rancangan yang dipilih bersesuaian dengan bajet. Lagi best rancangan tersebut, keberangkalian perniagaan korang akan dikenali lebih tinggi!
Peluang SME pasarkan perniagaan lebih luas
![]()
Hari-hari iklankan perniagaan di laman sosial media seperti Facebook dan Instagram tapi jualan masih perlahan? Tiada sambutan seperti yang korang harapkan? Mungkin ini masanya untuk korang beralih ke pengiklanan di kaca televisyen.
Antara kesilapan para usahawan pada hari ini ialah menumpukan 100% kepercayaan terhadap pengiklanan digital atau lebih tepat pengiklanan di internet. Memanglah mudah nak iklankan di media sosial tapi tanpa cara yang betul, iklan korang itu takkan sampai kepada orang ramai. Pendek kata, tak sampai kepada target audience yang betul. Pengiklanan di televisyen seperti #JOMMASUKTV ini mungkin pilihan tepat untuk memasarkan perniagaan korang.
Pakej berbaloi
Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan menerusi program #JOMMASUKTV ini antaranya #JOMMASUKTV SPORTBUY PACKAGE, #JOMMASUKTV NEWS COVERAGE, #JOMMASUKTV TALKSHOWS, dan #JOMMASUKTV ON-GROUND.
Bayangkan serendah RM1750 sahaja, korang dapat pasarkan perniagaan di TV9 menerusi pakej #JOMMASUKTV SPORTBUY PACKAGE dengan 10 kali slot di antara pukul 6 pagi sehingga 6 petang. Maknanya iklan korang akan dipaparkan sebanyak 10 kali di televisyen! Banyak lagi pakej menarik yang ditawarkan, korang hanya perlu memilih pakej yang sesuai dengan tujuan dan bajet. Semuanya tertakhluk kepada terma dan syarat.
Terbukti berjaya
Untuk rekod, pada tahun lalu lebih 81 pakej terjual dan rata-rata usahawan berpuas hati dengan respon dan jualan yang dilakukan setelah mengikuti program ini antaranya V Asia, VS Beauty, dan ramai lagi. Jadi ini peluang terbaik korang untuk pasarkan perniagaan di rangkaian televisyen Media Prima.
Pada 3 Mei 2019, team #JOMMASUKTV akan ke Ipoh, Perak bagi sama-sama berkongsi tentang #JOMMASUKTV kepada orang ramai. RSVP segera dengan menghubungi 017-5528580 atau hantarkan emel ke [email protected] . Masuk PERCUMA tetapi terhad kepada 100 tempat duduk sahaja. Jadi siapa cepat dia dapat! Jumpa di sana!
![]()








