Semua sedia maklum, Allahyarham Saleem pergi meninggal dunia pada 14 Oktober 2018 selepas sebulan terlantar akibat kemalangan jalan raya. Terbaru, menerusi Mstar, isteri kepada penyanyi Allahyarham Saleem iaitu Julia Bachok meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa pihak.
Menurutnya, mana-mana syarikat atau pihak yang menggunakan nama atau lagu arwah suaminya perlulah meminta izin dan membuat bayaran. Dia turut akui, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan anak tirinya, Syafiq Farhain.
Syafiq masih muda
Menerusi Mstar, isteri Allahyarham Saleem meluahkan rasa kecewa kerana Syafiq menggunakan nama arwah suaminya tanpa sebarang bayaran.
Saya tak pernah lupakan dia. Malah untuk showcase Saleem kali ini kita juga ada menjemput dia untuk bersama-sama membuat persembahan. Tak salah pun nak panggil dia kalau dia nak, saya akan bayar.
Sebetulnya isu sebelum ini, saya bukan marahkan dia. Saya marahkan syarikat. Sekalipun mereka nak guna nama arwah izinkan tapi mereka perlu bayar. Saya pun perlukan duit nak hidup. Lagipun saya fikir mungkin Syafiq masih muda… kami bukan bergaduh pun dan kami boleh bergambar bersama.
Menurutnya, kemelut yang melanda adalah berpunca daripada syarikat rakaman itu sendiri yang mengambil kesempatan mempromosikan Syafiq dengan menggunakan nama suaminya itu tanpa sebarang bayaran.
Arwah ada anak perlu ditanggung
Dalam pada itu, dia memberi amaran kepada mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya membuat duit menggunakan nama arwah suaminya.
Mereka perlu berbincang dengan saya terlebih dahulu. Saya tak nak orang lain ambil keuntungan tanpa pengetahuan saya. Jangan nak buat duit atas nama arwah dan lagu-lagu dia. Mereka perlu berbincang dengan saya terlebih dahulu. Saya tak nak orang lain ambil keuntungan tanpa pengetahuan saya sebab arwah masih ada anak yang memerlukan dana untuk belajar.
Saya bukan tak kasi mereka menyanyikan lagu arwah tetapi harus meminta izin daripada saya terlebih dahulu. Mana-mana individu yang masih berdegil, mereka akan berdepan tindakan undang-undang dan saya juga sudah ada peguam sendiri.
Minta izin saya
Selain itu, Julia turut memberitahu sebuah syarikat rakaman tempatan pernah mengambil kesempatan mengaut keuntungan tanpa pengetahuannya apabila melancarkan beberapa single seminggu selepas kematian Saleem.
Sebelum ini ada individu yang pernah kantoi dengan saya sebab keluarkan cd arwah seminggu selepas pemergiannya. Saya telah ke syarikat berkenaan dan individu terbabit sudah memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Sudah hampir 30 tahun saya dalam industri dan saya tahu selok-beloknya. Mereka cuma perlu minta izin saya sahaja.
Showcase Supernova Kesinambungan Seni Lagendary ‘S’ remembering Saleem bakal direalisasikan selepas raya nanti. Ianya merupakan impian arwah sendiri dan bakal menampilkan 15 artis termasuk Amirul Saleem, Irwan Ahmad (Mentor Otai) dengan kompilasi 24 lagu selama dua jam.
Sumber : Mstar