berita

‘Nak I Teman Makan?’ – Gadis Rimas Diganggu Penghantar Makanan ‘Gatal’

January 19th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Kecanggihan teknologi yang semakin pesat membangun memudahkan urusan seharian seseorang itu. Malahan, dengan hanya penggunaan satu klik sahaja seseorang itu boleh memesan makanan yang diinginkannya dan makanan tersebut akan dihantar terus di pintu hadapan rumah oleh rider yang bertugas.

Namun, ini kisah yang menimpa seorang gadis dikenali sebagai Mia Azhar, apabila rider penghantar makanan yang ditempahnya bertindak secara ‘luar kawalan’. Kisahnya bermula apabila dia menempah makanan menerusi salah satu aplikasi penghantaran makanan ke rumah.

Tolong berhati-hati

Menerusi tweet tersebut, gadis itu meminta supaya pihak syarikat berkenaan mengambil tindakan terhadap ridernya. Gadis itu juga sempat memuat naik dua tangkap layar Whatsapp menunjukkan perbualan dia bersama rider itu. Dapat dilihat rider itu, cuba bermesra dengannya.

Malahan, perkara tersebut disifatkan sebagai tidak beretika dan biadap. Pada masa yang sempat dia sempat memberikan pesanan kepada orang lain supaya berhati-hati dan tidak menjadi mangsa yang seterusnya.

Nak i teman makan tak?

Menerusi tangkap layar Whatsapp itu, memaparkan tindakan berani rider itu yang seolah-olah cuba untuk mengorat gadis itu. Walhal, gadis itu merupakan pelanggannya yang memesan makanan menerusi perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat lelaki itu.

Lelaki itu juga dilihat sedaya upaya untuk mengajak gadis itu keluar, namun gadis itu hanya mengabaikan mesej-mesej tersebut. Tambahan pula, soalan-soalan yang diajukan oleh rider itu disifatkan sebagai soalan-soalan yang tidak beretika.

Tak wajar dilakukan

Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen turut berpendapat perkara yang sama, tindakan rider tersebut dilihat kurang sopan dan tidak wajar dilakukan.

Sumber: Mia Azhar

SKIP THIS AD ×