Seperti yang diketahui ramai, pelakon Fadlan Hazim sudah pun bertunang dengan wanita pilihannya yang berasal dari Kazakhstan, dikenali sebagai Aiya Mukhamedsalova, 29, pada Oktober tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Bertunang Dengan Wanita Kazakhstan, Fadlan Hazim Perlu Lalui Ujian ‘Kejantanan’ – ‘Jalan Atas Papan Berpaku & Minum Susu Kuda’
Proses kahwin agak panjang dan rumit
Terbaru, Fadlan mendedahkan bahawa persediaan bagi perkahwinnya agak panjang dan sedikit rumit memandangkan dia akan berkahwin dengan seorang wanita yang bukan berasal dari Malaysia.
Setakat ini perhubungan (di antara kami) okay sahaja tapi bila kita nak ke arah yang lebih serius iaitu perkahwinan. Nak kahwin dengan wanita bukan warganegara ni prosesnya sangat banyak.
Macam selalu orang kita kena pergi pejabat agama, nikah di masjid lepastu dah selesai boleh terus nikah.
Macam saya pula, contohnya saya kena pergi ke pejabat Kementerian Luar Negeri, pejabat kedutaan dan sebagainya jadi ia mengambil masa yang agak lamalah sebenarnya.
Namun begitu, pelakon filem Seratus itu mendedahkan meskipun sibuk dengan kerjanya, dia berasa sangat bersyukur kerana segala dokumen penting berkaitan hal perkahwinannya hampir selesai.
Sekarang ni dokumen penting hampir selesai selepas saya mula buat semua ni (urusan hal perkahwinan) dari bulan Januari yang lalu sebab sibuk dengan kerja dan sebagainya.
Jadi, Alhamdulillah semuanya hampir selesai.
Fadlan mendedahkan perkara itu ketika ditemui OhBulan! pada malam tayangan perdana drama bersiri terbitan Astro, Jack Yusof di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada malam Selasa.
Pengalaman yang menarik
Dalam pada itu, Fadlan mendedahkan bahawa ia bukanlah satu cabaran buatnya ketika diminta untuk berjalan di atas papan berpaku ketika berada di Kazakhstan, sebaliknya hanyalah sekadar aktiviti yang menarik untuk dilakukan.
Saya sendiri sejenis yang suka mencuba benda-benda baharu, dan waktu itu pun mereka (keluarga Aiya) tidak cakap yang perkara tersebut merupakan cabaran ataupun ujian kepada saya.
Ia hanyalah satu aktivit yang menarik untuk dilakukan dan saya pun jenis yang agak gila-gila juga jadi saya cubalah.
Kita pun ada budaya-budaya yang seperti itu cumanya mungkin kita tak praktik, dan mereka walaupun budaya atau adat tu dah lama, mereka masih praktikkan tak kira mereka dari keluarga moden ataupun tidak.
Jack Yusof
Jack Yusof merupakan sebuah drama terbitan Astro diarahkan oleh pengarah hebat, Wan Hasliza Wan Zainuddin.
Jack Yusof menyaksikan kemunculan semula Datuk Rosyam Nor sebagai watak utama menerusi drama bersiri selepas lebih 10 tahun. Datuk Rosyam membawakan watak komedi sebagai Jack Yusof iaitu seorang aktor senior yang popular, namun masih kelihatan muda kerana kerap menggunakan suntikan botox. Walaupun hidup dalam kemewahan dan digilai ramai, tetapi Jack banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan peribadinya, termasuklah meninggalkan anak perempuannya, Aida ketika masih bayi. Selepas beberapa tahun, Aida tiba-tiba muncul menghubungi Jack dengan satu tujuan.
Selain Rosyam, siri ini dibintangi Sharifah Husna, Raja Ema, Rashidi Ishak, Hafiz Halim, Fadlan Hazim, Adriana Adnan, Loganathan Kanabathy, Syed Muhammad Baqir, Uncle Samsuri dan tidak ketinggalan penampilan istimewa oleh Che Puan Sarimah Ibrahim, Raja Azura, Zain Hamid, Angeline Tan, Zarina Anjoulie, Steve Yap, Taufik Hanafi, Dian Fernandez, Maca (Marsya), Haidar Hasanuddin dan Amy Nur Tinie.