berita

Nak Kahwin Lain Punya Hal, Suami Tipu Isteri Dah Mati, Upah Ketua Hal Ehwal Agama Palsukan Dokumen Kematian

November 26th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Hanya kerana mahu berkahwin lain, seorang lelaki tergamak membuat dokumen palsu mengatakan bahawa isteri pertamanya sudah meninggal dunia sejak beberapa tahun lalu sedangkan wanita itu masih hidup.

Palsukan dokumen kematian

Foto: News Okezone

Memetik laporan News Okezone, lelaki yang dikenali dengan nama Suraji, 54 tahun dikatakan telah memberi upah kepada Ketua Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) Indonesia iaitu Abdul Munir untuk memalsukan dokumen kematian isterinya, Diah Suartini. Difahamkan, Suraji nekad bertindak sedemikian kerana mahu berkahwin lagi.

Menurut sumber, Abdul Munir telah mengeluarkan surat palsu ‘kematian’ itu pada bulan Ogos 2019 yang lalu dengan menerima bayaran berjumlah 1.5 juta rupiah bersamaan RM443. Bukan itu sahaja, Abdul Munir juga merupakan individu yang bertanggungjawab menguruskan hal pernikahan Suranji bersama wanita lain sedangkan pada waktu itu Suranji masih sah suami kepada Diah Suartini.

Berikutan daripada tindakan tersebut, kedua-dua suspek telah ditahan oleh polis dan jika didapati bersalah, mereka boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum lapan tahun.

Sumber: News Okezone

SKIP THIS AD ×