Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa selepas didakwa ‘menyimpan’ 20 orang wanita yang juga merupakan isterinya dalam sebuah treler yang kotor dan usang.
Simpan 20 isteri dalam treler
Memetik laporan Daily Star, suspek, Samuel Rappylee Bateman yang berasal dari Arizona, Amerika Syarikat didakwa atas kesalahan memperdagang manusia dan dakwaan seks berkumpulan membabitkan wanita dewasa dan gadis di bawah umur. Bukan itu sahaja, suspek berusia 46 tahun itu turut didakwa melakukan pemerdagangan seks dan sumbang mahram.
Menurut sumber, keadaan dalam treler tersebut sangat usang dan menjijikkan, selain terdapat sofa dan baldi untuk dijadikan sebagai tandas. Pihak berkuasa turut menemui tiga gadis di bawah umur yang berusia 11 dan 14 tahun di dalam treler berkenaan. Menurut sumber, suspek dikatakan mempunyai 50 pengikut termasuk 20 isterinya dan isteri mudanya baru berusia 9 tahun.
Menurut pegawai Biro Penyiasatan Persekutua (FBI), pada 2019, suspek pernah mengaku dirinya sebagai ‘nabi’ malah dia memberitahu mahu berkahwin dengan anak gadisnya yang masih remaja. Lebih mengejutkan apabila suspek tergamak membiarkan tiga lelaki dewasa melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya yang berusia 12 tahun.
Difahamkan, suspek telah ditahan dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.
Sumber: Daily Star