Penyanyi Datuk Awie berkongsi mengenai perkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bawa Watak Antagonis Dalam Filem ‘Rebel: Berontak Untuk Berotak’, MK K-Clique Tak Takut Dikecam
Artikel Berkaitan: Impian Ajai Tercapai, Dapat Bekerjasama Dengan Awie Buat Runut Bunyi Filem Rebel
Badan tak seperti dahulu
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, pelantun suara ‘Bara’ ini berkata, keadaannya sudah okey namun, masih belum pulih sepenuhnya.
Saya sekarang okey, Alhamdulillah. Nak kata pulih sepenuhnya tidak. Tapi nak lakukan konsert selama dua tiga jam itu masih mampu melakukannya.
Menyanyi, melakukan konsert dan berada di atas pentas merupakan terapi buat minda saya.
Awie yang ditemui pada majlis sidang media Konsert “Journey” Awie: Kombinasi Monolog Dan Persembahan Teatrikal Rai 30 Tahun Perjalanan Karier Seni, semalam turut berkata, dia masih perlu berhati-hati melakukan aktiviti harian terutama bersenam selepas menjalani pembedahan tersebut.
Saya perlu lebih berhati-hati selepas menjalani pembedahan, badan saya pun tidak seperti dahulu.
Doktor tidak memberikan saranan untuk melakukan senaman berat jadi saya cuba lakukan secara bersederhana untuk kekalkan kecergasan badan saya.
Saya pernah janji pada diri sendiri untuk menjaga kesihatan kerana saya ada isteri dan anak-anak. Saya tidak mahu susahkan isteri.
Sekadar info, sekitar tahun 2021, Awie pernah mendedahkan dia pernah menjalani satu pembedahan tumor pada bahagian buah pinggangnya di sebuah hospital swasta di ibu kota. Hanya keluarga sahaja yang mengetahui berita tersebut pada waktu itu.