berita

Nak Konsep Rent-To-Own? Ataupun Nak Co-Living? Sunway House Waterfront Residence Jawapan Tepat!

March 9th, 2021 | by Noraniza
Kini Trending

Bagi individu yang baru sahaja memulakan karier, adalah satu perkara yang agak membebankan jika terus mahu buat loan untuk beli rumah kan? Tapi, apapun korang sudah semestinya nak tinggal di lokasi yang selesa dan selamat.  Usah runsing! Sebabnya Sunway House Waterfront bakal menjadi jawapan kepada persoalan tersebut!

Untuk pengetahuan korang, Sunway Property telah memperkenalkan Co-Living konsep untuk memenuhi kehendak pelanggan. Malah, terdapat 3 jenis bilik yang disediakan, bersesuaian dengan poket masing-masing!

1.Semi-Private standard

Mempunyai bilik tidur bersaiz bujang, berkongsi bilik air dan juga ruang tamu, bilik jenis semi-private standard ini bersesuaian untuk korang yang mempunyai bajet minima.

Dengan anggaran harga RM1,200 sebulan, bilik ini sudah semestinya lengkap dengan segala keperluan untuk memastikan keselesaan korang. Tak perlu pening lagi nak fikir perabot. Malah, setiap tingkat jiga disediakan dapur komunal untuk memasak menu ringkas.

2. Private Duplex

Korang nak lebih privasi tapi okay untuk berkongsi ruang tamu? Maka, korang patut pilih Private Room. Anggaran harga sekitar RM1,700 sebulan, Private Room ini pula menyediakan bilik bujang dengan suite. Jadi, korang akan lebih selesa dengan keluasan bilik.

3. Exclusive Studio

Manakala, jika korang mementingkan privasi dan keselesaan yang mewah, korang boleh pertimbangkan studio unit yang disediakan. Dengan harga bawah RM2,800 sebulan, korang boleh memperolehi bilik suite dengan laundry dan dapur lengkap.

Menarikkan? Boleh dapat maklumat lanjut menerusi laman sesawang ini.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×