berita

Nak Kulit Sihat Dan Cantik Secara Semulajadi? Skin Barrier Kenalah Sihat Juga!

October 3rd, 2022 | by Azyan
Kini Trending


Lapisan paling luar dari
 kulit iaitu epidermis atau lebih dikenali sebagai penghalang kulit (skin barrier) bertindak sebagai perisai dan melindungi kulit kita dari luar. Kalau korang perasan, rata-rata produk penjagaan kulit di Malaysia menekankan mengenai penjagaan skin barrier.

Bukan itu sahaja, video-video skin routine beauty guru pun banyak yang cakap mengenai perbaiki skin barrier! Lepas tu mereka akan menggunakan Hyaluronic Acid dekat muka mereka.

Terus buat kita tertanya-tanya, eh Hyaluronic Acid boleh bantu baiki skin barrier ke? Apa lagi manfaat yang ada eh? Patut ke kita pakai juga?

Jom ketahui dengan lebih bagaimana Hyaluronic Acid boleh bantu muka korang!

Sebelum tu, jom kami jelaskan dengan lebih lanjut mengenai skin barrier!

Untuk pengetahuan korang, skin barrier ni merupakan lapisan permukaan kulit yang berfungsi untuk melindungi kulit daripada pelbagai faktor antaranya ialah tahap kelembapan, infeksi bakteria, sinaran UV dan keadaan sekeliling seperti cuaca dan udara.

Tujuan utama skin barrier adalah untuk mengelakkan kehilangan air berlebihan. Jangan anggap remeh ya, air di kulit sangat penting untuk mengelakkan kulit korang lebih kering dan untuk memastikan penggantian sel kulit berjalan dengan lancar.

Peranan kedua skin barrier adalah sebagai pelindung bagi mencegah bakteria, toksin dan alergen memasuki badan. Sebab tu lah korang kena jaga dengan baik skin barrier korang ni tau.

Antara punca yang menyebabkan masalah skin barrier ialah :

  • Tiada perlindungan sinaran UV
  • Penggunaan skincare yang salah
  • Penggunaan level pH yang terlalu tinggi
  • Gaya hidup yang tidak sihat
  • Over exfoliation

Bagaimana Hyaluronic Acid boleh membantu?

Bagi yang tak tahu, antara fungsi paling popular Hyaluronic Acid ni adalah untuk melambatkan penuaan dan membuatkan kulit korang nampak sihat. Ia juga boleh melembabkan kulit korang dengan lebih baik!

Apabila kulit dilembabkan dengan betul, ia lantas dapat membaiki masalah skin barrier yang rosak tadi. Selain menganjalkan kulit ia juga boleh melembutkan tekstur kulit muka korang tau!

Antara produk yang paling sesuai untuk korang guna bagi menjaga skin barrier adalah Hada Labo!

Kalau dulu Hada Labo hanya mengandungi 4 jenis Hyaluronic Acid je tapi sekarang dah ada 5 Hyaluronic Acid tau! Makanya lagi bermanfaat untuk kulit korang! Selain itu ia juga mengandungi “Fermented HA” yang mempunyai bakteria asid laktik yang boleh menambahkan lagi kelembapan pada kulit serta mengisi gap di antara skin stratum corneum! 

Bukan tu je, ia juga boleh membantu membentuk skin barrier dan membaiki skin barrier dengan lebih baik menjadikan kulit lebih anjal, sihat dan cerah.

Mesti korang tertanya-tanya apa tu “Fermented HA” kan? Haa…ianya merupakan ramuan baru yang Hada Labo gunakan untuk memberikan kesan yang lebih memuaskan serta mampu menjaga skin barrie korang. Skin Barrier sihat, barulah kulit wajah korang akan glowing!

Sebab tu korang kena jadikan Hada Labo ni sebagai produk pilihan penjagaan kulit wajah pertama korang tau. Kita semua tahu yang semua losyen Hada Labo memang mengandungi Hyaluronic Acid yang mampu merawat skin barrier.

Berikut merupakan kebaikan losyen Hada Labo kalau korang gunakannya :

  • Mengekalkan kelembapan
  • Mengimbangkan minyak & air
  • Mengecilkan saiz pori
  • Meningkatkan keserian wajah secara semula jadi
  • Meningkatkan keanjalan dan kelicinan kulit wajah
  • Tingkatkan penyerapan penjagaan kulit wajah
  • Solekan tahan lebih lama dan tidak bercapuk

Losyen Pelembap Hada Labo dengan 5 HA ni sangat mudah untuk digunakan tau!

Selain mengandungi “Fermented HA”, antara Hyaluronic Acid lain yang ada dalam losyen pelembap Hada Labo ni ialah:

  • Large, Medium & Super HA – 3 jenis HA yang digabungkan bagi membentuk lapisan perisai pengunci kelembapan yang kuat untuk mengunci dan mengekalkan isipadu kelembapan di dalam kulit untuk penghidratan yang lebih tahan lama!
  • Nano HA – Saiz molekul HA di dalam Hada Labo ini lebih halus berbanding molekul HA lain yang berada di pasaran  menjadikan lotion ini mudah meresap ke dalam kulit lantas meningkatkan keanjalan kulit serta membolehkan kulit untuk menyerap lotion ini dengan lebih baik.

Cara penggunaanya juga lebih mudah iaitu dengan hanya titiskan lotion tersebut di tangan dan terus dap kan di muka korang secara perlahan, sehingga ia menyerap secara menyeluruh!

Tapi pastikan korang basuh dulu muka sebelum pakai losyen ni ok!

Bagi korang yang ada masalah kulit kering dan dehidrasi, mungkin boleh mempertimbangkan untuk mencuba produk Hada Labo ni kerana kelembapan yang diberikan sangat memuaskan.

Bukan setakat tu je, losyen ini bukan sahaja dapat membantu menghidratkan kulit sehingga 24 jam, malah ia dapat mengecilkan pori dan menguatkan penghalang kulit. Wow!

Korang perasan tak walaupun terdapat lambakan jenama dan produk yang baharu, Hada Labo sentiasa menjadi kesukaan ramai kerana fungsinya yang sangat berkesan.

Sebenarnya tidak hairan pun yang terdapat beberapa produknya mendapat status cult favorite. Sama seperti jenama penjagaan wajah yang lain, Hada Labo sentiasa menawarkan rangkaian produk yang berbeza dari jenama yang lain.

Produk Hada Labo diformulasikan secara khas untuk membantu mengatasi masalah kulit secara efektif seperti kulit kusam, kering ataupun berjerawat. Mampu menyerap kedalam kulit wajah dengan sangat berkesan tau!

Terdapat dua jenis varian yang korang boleh pilih!

Bergantung kepada kulit muka korang, terdapat dua jenis varian yang korang boleh pilih iaitu:

  • Rich: Untuk kulit normal, kulit kering

  • Light: Untuk kulit normal, berminyak atau kombinasi.

Paling best sebab dua-dua varian ni bebas parabens, alcohol, pewangi, colorants dan mineral oil.

Apa yang korang kena lakukan ialah, gunakan setiap hari selepas membersihkan wajah. Tuang losyen ke tapak tangan, ratakan dan tepuk-tepuk manja di sekitar wajah untuk penyerapan optimum.

Dengan penghidratan yang baik, masalah kulit yang lain seperti bintik-bintik hitam, kulit kusam, garis halus diperbaiki dengan mudah.

Cuaca Malaysia yang panas membuatkan ramai orang merasakan kulit mereka lebih berminyak membuatkan mereka mengabaikan penghidratan. Salah tu geng, kandungan air dan minyak dalam kulit mestilah seimbang untuk mengelakkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak.

So guys, dah faham kan kepentingan Hyaluronic Acid ni? Ha korang boleh lah ke farmasi-farmasi berdekatan untuk dapatkan produk Hada Labo ni guys! Atau nak mudah, boleh beli online je di Shopee!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×