Pelakon Khir Rahman menerusi akaun Twitter meluahkan pandangan terhadap isu kegagalan produksi Ogy Ventures & Network melunaskan baki bayaran pelakon teater Korupsi Dewan Semandung. Pementasan tersebut telah dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.
Isu ini bertambah serius apabila salah seorang pelakon yang dikenali sebagai Che Mat membuat laporan polis, tempoh hari. Dia termasuk pelakon yang lain berasa tertipu dengan janji manis Fauziah Ahmad Daud.
Bererti bukan kami sahaja
Apapun, sy masih berharap agar pihak Kak Ogy akan melunaskan segala pembayaran dlm masa terdekat ini.
Sebab bercerita secara kronologi dari A sampai Z ..termasuk sikap² buruk manusia bukanlah menjadi amalan sy selama ini
— KEI RAMOSS (@KhirRahman) May 1, 2020
Khir Rahman menegaskan dia masih rasional dan sedang cuba untuk menahan diri daripada membincangkan mengenai isu berkenaan di media sosial. Bagaimanapun, dia berharap agar pelakon wanita itu dapat melunaskan segala pembayaran dalam masa terdekat ini.
Saya bertanggungjawab atas apa yang berlaku
Fauziah Ahmad Daud bagaimanapun tampil dengan kenyataannya di laman Instagram. Dia menyedari akan tanggungjawab yang diambilnya dan akan segera melunaskan pembayaran tersebut kepada barisan pelakon teater tersebut. Malah, dia mengakui masih mencari jalan bagi menyelesaikan isu ini dan tidak akan melupai.
Saya sebagai usahawan disini yang bertanggungjawab atas apa jua yang berlaku. Nak lari ke mana saya ni? Masih terus berusaha mencari solusi. Saya sentiasa yakin Allah akan tolong. Kepada mereka yang fikir nenek ni lupa tak… Saya tak lupa hutang saya pada sesama manusia. Hutang solat saya pada Allah pun saya ingat.
Sumber: Ogy Ahmad Daud