Selalunya kalau bab makan ni mesti ada antara korang yang tak berkira sangat kan? Tapi, bila korang keluarkan duit tu biarlah rasa jimat dan berbaloi. Contohnya macam beli makanan favourite korang dekat foodpanda, kalau boleh semua menu dekat dalam tu pun korang nak, tapi dalam masa yang sama taknak membazir pula.
Alaa…takpe, senang cerita, biar Boost jelah yang belanja korang makan eh. Cakap je nak makan roti canai ke, sate, nasi goreng atau aiskrim? Haa semua boleh! Nak tau macam mana? Baca sampai habis ya…
Boost belanja makan free je dengan cashback yang korang dapat. Bestnya!
Tahu tak kalau korang beli makanan di foodpanda dengan harga RM20 untuk satu hidangan, korang akan dapat 100% cashback dari Boost tau! Contohnya kalau korang beli aiskrim atau makanan lain bernilai RM20, nanti korang akan dapat semula cashback dari mereka untuk apa yang dah dibelanjakan tadi.
Jadi, korang boleh berjimat lah kan sebab Boost yang belanja korang makan. Menarik kan? Tapi, ianya terhad untuk 1000 transaksi setiap hari bermula 18 -20 Ogos 2021, dari pukul 10 pagi hingga 8 malam saja ya. Ni kira macam siapa cepat, dia dapat lah. Nak tahu lebih mengenai promosi ini, korang boleh tengok dekat laman sesawang mereka atau pun di Android.
Bukan tu je, ada juga 12% cashback tambahan lain!
Ha…bukan tu je tau, bermula 24 Ogos nanti, Boost juga nak bagi 12% iaitu sebanyak RM 5 cashback tambahan lain untuk korang yang terlepas untuk dapatkan 100% cashback pada tarikh sebelumnya tadi tu.
Tapi, macam biasalah ya, korang mesti kena buat pembayaran minimum RM20 untuk satu makanan tersebut dengan menggunakan aplikasi Boost bila korang berbelanja di foodpanda ya…
Ini juga tertakluk kepada terma dan syarat tau dimana ianya terhad untuk 2 kali sahaja bagi setiap pengguna dan juga 28,000 transaksi sebulan. Jadi, kalau korang taknak terlepas, bolehlah buat pembayaran melalui Boost untuk mendapat pulangan tunai yang banyak macam ni!
Nikmati semua makanan di foodpanda & dapat pulangan tunai dari Boost harini juga!
Guys, korang tunggu apa lagi tu? Taknak ke Boost belanja korang makan tu? Bukan selalu tau ada promosi macam ni. Jadi, jangan lupa untuk buka aplikasi foodpanda dan pilih makanan yang korang suka dengan minimum RM20. Siapa cepat, dia dapat cashback!
Nak tahu lebih lanjut, boleh layari laman web Boost atau boleh mula memuat turun aplikasi mereka di SINI.