berita

Nak Masak Macam Masakan Ibu? Nah, 3 Resepi Mudah Untuk Korang Cuba!

May 31st, 2019 | by Nurul
Kini Trending

 

“Mak, nak letak banyak mana garam ni? ”

“Agak-agak je”.

Haa..mesti korang pernah berada kat situasi ni, bila nak belajar masak dari mak lepas tu, diorang suruh agak-agak je. Terus kita pun blur! 

Inilah sebab kaum muda susah nak belajar menghasilkan lauk-pauk klasik kampung. Lagi-lagi hidangan yang betul-betul rasa macam masakan air tangan mak. Memang tiada tandingan!

Minggu ini, kami akan ajar korang cara untuk menghasilkan 3 lauk kegemaran Malaysia, iaitu Ayam Masak Kurma, Tom Yam Ayam dan juga Singgang Ikan Kembung.

Lauk-pauk ini sangatlah ringkas untuk dibuat dan confirm akan meningkatkan selera yang tersayang!

Haa..jom tengok video kat bawah ni  untuk pelajari cara membuat Ayam Masak Kurma, Tom Yam Ayam, dan Singgang Ikan Kembung!

https://www.youtube.com/watch?v=FoWPStKrCtQ

Nak lagi senang, kami kongsikan sekali resipi penuh:

Ayam Masak Kurma

Bahan-bahan:

– 5 bawang merah
– 3 bawang putih
– 2 inci halia
– 2 sudu besar minyak masak
– 3 bunga lawang
– 5 bunga cengkih
– 3 buah pelaga
– 2 kulit kayu manis
– 5 sudu besar rempah kurma
– 2 cawan santan
– 8 ketul ayam
– 2 biji cili hidup
– 2 ketul Kiub Pati Ayam Maggi

Cara:
1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat.
2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi. Masukkan rempah kurma dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan santan, ayam, kentang, cili dan kiub pati ayam Maggi. Renehkan selama 20 minit.
5. Masukkan buah tomato dan jus limau nipis.
6. Ayam Masak Kurma sudahpun siap untuk dihidang!

Tom Yam Ayam

Bahan-bahan:
– 1 sudu minyak masak
– 1 biji bawang merah
– 4 helai daun limau purut
– 2 batang serai
– 1 sudu besar akar daun ketumbar
– 1 inci lengkuas
– 1 biji cili merah
– 500 gram ayam
– 3 cawan air
– 2 ketul Kiub Sup Tom Yam Maggi
– 5 batang jagung muda
– 1 biji lobak merah
– 1 cawan kubis bunga
– 6 batang cendawan tiram
– 1/4 cawan tomato ceri
– 1/2 cawan santan pekat
– 1/2 cawan daun ketumbar

Cara:
1. Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bawang merah, daun limau purut, serai, akar daun ketumbar, lengkuas dan cili merah sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan masak sehingga keperangan.
3. Masukkan air dan Kiub Sup Tom Yam Maggi. Renehkan selama 15 minit.
4. Masukkan jagung muda, lobak merah, kubis bunga, cendawan tiram dan santan pekat. Renehkan selama 5 minit.
5. Tom Yam Ayam sudahpun siap dihidang bersama hirisan daun ketumbar untuk sedikit kesegaran!

Singgang Ikan Kembung

Bahan-bahan:
– 3 cawan air
– 2 cili merah
– 1 inci lengkuas
– 1 inci halia
– 1 inci kunyit hidup
– 1 biji bawang merah
– 1 batang serai
– 4 biji cili padi
– 2 ulas bawang putih
– 3 keping asam gelugur
– 6 ikan kembung
– 2 ketul Kiub Pati Ikan Bilis Maggi
– 7 batang bendi

Cara:
1. Dalam periuk, masukkan air, cili merah, lengkuas, halia, kunyit hidup, bawang merah serai, cili padi merah, bawang putih dan asam gelugur.
2. Masukkan ikan kembung dan Kiub Pati Ikan Bilis Maggi. Renehkan selama 15 minit.
3. Masukkan bendi dan renehkan untuk 5 minit lagi.
4. Singgang Ikan Kembung sudahpun siap untuk dihidang!

Untuk menambahkan lagi rasa dalam masakan, pastikan korang menggunakan seketul dua kiub pati Maggi!

Tak kiralah korang nak menghasilkan hidangan-hidangan simple seperti sup ayam dan sup tom yam, ataupun hidangan yang lebih susah seperti ayam percik dan rendang daging – korang pasti dapat tingkatkan lagi perisa masakan korang dengan menggunakan kiub pati Maggi.

Sebarang maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi Maggi di sini.

SKIP THIS AD ×