berita

Nak Masuk Butik Fareeda Kena Tunjuk Slip Gaji 3 Bulan. Biar Betul Fizo Omar?

July 3rd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-07-03 at 10.56.44 AM

Nampaknya kontroversi hangat terus menghambat butik Fareeda yang dimiliki oleh isteri Fizo Omar, Mawar. Bermula dengan rampasan tudung tiruan sehinggalah kepada isu orang ramai yang terpaksa ‘berkampung’ di hadapan kedai kerana mahu membeli produk eksklusif itu.

Artikel Berkaitan:Pelanggan Fareeda Mengamuk, Doa Fizo Omar & Isteri Jadi Pengemis

Namun, dalam banyak-banyak kontroversi tudung Fareeda, yang ni saya rasakan paling legend. Mana taknya, baru-baru ini ada individu yang mendakwa bahawa perlu tunjuk slip gaji 3 bulan untuk masuk ke butik Fareeda. Wow. Kalah butik antarabangsa!

Screen Shot 2014-07-03 at 10.41.44 AMTak baik buat fitnah ya kak!

“Itu semua fitnah dan tuduhan itu langsung tidak berasas. Secara logiknya, mana ada kedai yang meletakkan syarat perlu membawa slip gaji sebelum dibenarkan masuk kedai?

Butik-butik berjenama mewah pun tidak meletakkan syarat seperti itu. Bagi saya gosip itu adalah khabar angin kosong yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik syarikat.” – Fizo Omar

Fizo turut menambah bahawa isu ini mungkin terjadi dek kerana sikap hasad dengki terhadap produk Fareeda yang dilihat semakin laris.

Okay. Jadi kepada kakak, adik, dan auntie-auntie yang memang peminat tegar tudung Fareeda, anda tak perlulah nak susah payah print slip gaji untuk dibawa ke butik Fareeda ya. Eh! Tapi, jangan lupa bawa duit pula ya. Penting tu!

Sumber: Mstar Online

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×