berita

Nak Masuk TV Punya Pasal, Polis Buru Wanita Jadi ‘Punca’ Kemalangan ‘Tour de France’

June 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Foto: Daily Mail

Hampir puluhan peserta Tour De France mengalami kecederaan gara-gara sekeping kadbod yang dipegang oleh seorang penonton wanita ketika menyokong acara kayuhan tersebut.

Kejadian yang berlaku pada hari Sabtu yang lalu itu telah meraih pelbagai respon daripada netizen selepas mereka melihat video tersebut.

Polis buru penonton wanita

Foto: Daily Mail

Menerusi laporan Daily Mail, pihak polis Perancis kini sedang memburu seorang penonton wanita yang didakwa telah menyebabkan kecederaan kepada 21 penunggang dalam kemalangan yang paling buruk pernah dicatatkan dalam acara tersebut.

Difahamkan, wanita tersebut dipercayai memegang dan menghayungkan kadbod yang tertera mesej dalam tulisan Perancis serta Jerman yang ditujukan kepada datuk dan neneknya semasa pusingan pertama kayuhan itu berlangsung. Wanita tersebut juga didakwa sengaja mahu menunjukkan wajahnya di kaca televisyen semasa siaran langsung acara tersebut. Jika sabit kesalahan, wanita ini boleh dikenakan hukuman setahun penjara atas tindakannya itu.

Halang laluan penunggang

Foto: Daily Mail

Bagaimanapun, tindakannya ketika itu secara tidak langsung telah menghalang lalauan para penunggang sebelum menyebabkan kesemua mereka terbabas selepas terlanggar kadbod berkenaan. Susulan daripada itu, hampir 50 penunggang basikal berlaga antara satu sama lain.

Penonton yang menyebabkan kemalangan ini meninggalkan lokasi sebelum ketibaan para penyiasat. Semuanya sedang dilakukan untuk cuba mencarinya.

Dia memakai cermin mata dan berseluar jeans biru, berbaju belang merah putih serta jaket kuning.

Pada masa yang sama, wanita itu juga boleh dikenakan denda sebanyak £13,000 (kira-kira RM 74,982.71).

Sumber: Daily Mail

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×