berita

Nak Melabur Dengan Pembiayaan ASB-i Melalui Maybank? Korang Wajib Tahu Kelebihan Yang Ada!

October 11th, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Tak kira la korang tinggal di bandar, kampung atau ceruk mana pun di Malaysia, sebut je Amanah Saham Bumiputera (ASB), mesti semua orang tahu punya. Dengan adanya ASB, sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai, khususnya golongan Bumiputera untuk melabur.

Korang tahu tak selain melabur ke dalam ASB dengan wang sendiri, kita boleh juga memohon kemudahan Pembiayaan ASB-i atau Financing-i melalui laman web atau aplikasi Maybank2u?

Kena tahu Pembiayaan ASB-i tu sebenarnya apa

Tak kenal, maka tak cinta. Sebelum tu, kena la faham konsep Pembiayaan ASB-i. Ia merupakan kemudahan pelaburan ASB yang membolehkan korang buat pinjaman pelaburan.

Caranya? Beli sijil pelaburan ASB la. Kemudahan yang ditawarkan oleh Maybank ni membolehkan orang ramai melabur dalam ASB secara lump sum sehingga RM200,000. Keuntungannya pula berbaloi sungguh.

Berikut ialah syarat kelayakan yang lengkap untuk mohon Maybank Pembiayaan ASB-i.

  • Warganegara Malaysia, khususnya Bumiputera.
  • Berumur 18 dan tidak melebihi 70 tahun pada tarikh akhir pembiayaan.

Paling penting, Pembiayaan ASB-i dengan Maybank ni selamat. Risikonya pun rendah. Lebih-lebih lagi, ini la pelan pembiayaan Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya.

So, kalau korang tengah cari pinjaman ASB untuk melabur di dalam Unit Amanah Saham Bumiputera, pelan ni la yang patut jadi pilihan korang.

Wah, boleh nampak yang korang dah berminat sekarang! Meh kami kongsikan kelebihan yang ada kalau korang mohon Pembiayaan ASB-i ni.

Dapat menikmati ansuran bulanan serendah RM47*

Takut pelaburan buat dompet korang kering setiap bulan? Jangan risau! Kalau korang mohon Pembiayaan ASB-i, korang dapat nikmati ansuran atau komitmen bulanan yang rendah. Serendah RM47 je okay.

Boleh buat pembiayaan sehingga RM200,000 dan nikmati dividen

Apa yang paling best tentang Pembiayaan ASB-i dengan Maybank? Korang boleh pilih untuk buat pembiayaan dari RM10,000 hingga pembiayaan maksimum RM200,000 dengan dividen tahunan yang konsisten. Fuh! Lebih tinggi jumlah pelaburan, lebih banyak la pulangan korang nanti!

Tapi jumlah pembiayaan yang diluluskan bergantung kepada penilaian kredit daripada pihak Maybank tau. Ingat tu.

Jom melabur, untung & menangi baucar percutian dan wang tunai!

Dah mohon Pembiayaan ASB-i dengan Maybank? Wah, terbaik la! Korang berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti:

Hadiah Utama: Baucar Percutian RM5,000
Hadiah Bulanan: Wang tunai RM100 (dikreditkan ke dalam akaun Maybank Islamic Zest-i.)
Hadiah Bonus #ForYouth: RM100 baucar petrol Petronas (hanya untuk peserta berumur 30 tahun ke bawah)

*Jumlah pembiayaan minimum RM10,000
*Hanya sah untuk permohonan ONLINE sahaja

Tawaran ni sah sehingga 31 Oktober 2022. Jadi bagi yang belum memohon, tak susah pun nak buat permohonan pinjaman ni sebab korang boleh lakukan secara online.

Boleh mohon secara online dengan mudah melalui laman web atau aplikasi Maybank2u

Apa yang penting bila buat permohonan? Mesti la nak yang mudah. Korang cuma perlu buat permohonan Pembiayaan ASB-i melalui laman web atau aplikasi Maybank2u je. Tak payah keluar rumah dan pergi ke bank pun.

Melabur dengan ASB sememangnya adalah mudah dan menguntungkan. Jom bina masa depan korang bersama Pembiayaan ASB-i dengan Maybank. Untuk memohon secara online dan dapatkan info lebih lanjut, klik di SINI.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemudahan kewangan yang ditawarkan Maybank, layari laman web Maybank2u.

Maybank dan Maybank Islamic ialah ahli PIDM. Akaun Maybank Islamic Zest-i tidak dilindungi oleh PIDM. Sila rujuk senarai deposit yang diinsuranskan melalui www.maybank2u.com.my untuk maklumat lanjut.

*Semua produk yang ditawarkan di atas adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
*Semua kadar pelaburan yang dinyatakan dalam artikel ini tertakluk kepada kadar semasa yang ditawarkan oleh Maybank ketika artikel ini ditulis dan ia boleh berubah tanpa sebarang notis. 

SKIP THIS AD ×