berita

Nak Menang 490K E-Baucar & 1 Tahun Ayam PERCUMA? Muat Turun Aplikasi KFC Sekarang!

June 30th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Cakap pasal Kentucky Fried Chicken (KFC) ni, mesti korang semua dah biasa makan kan? Salah satu makanan segera yang favourite lah orang kata. Menu yang disediakan oleh KFC ni pun sangat sedap. Lagi-lagi dia punya ayam goreng tu, pehh kalau makan satu mesti tak cukup.

Sempena Hari Ayam Goreng Kebangsaan yang dilancarkan oleh KFC kali ini, mereka akan menawarkan ganjaran yang hebat seperti bekalan ayam goreng selama 1 TAHUN! Nak tau apa yang lagi best? Jom muat turun aplikasi KFC sekarang dan mula membuat pembelian.

Shake More & Get More di aplikasi KFC!

Kalau korang nak tahu, setiap pembelian sebanyak RM20, korang layak untuk dapat 1 shake di aplikasi KFC. Ha dekat situ lah korang boleh kumpul hadiah yang korang nak tu.

Sebanyak 490,000 e-baucar dan bekalan ayam goreng selama 1 TAHUN akan diberikan oleh KFC serta banyak lagi hadiah hebat yang lain. Lagi kerap beli, lagi banyak korang boleh shake dan berpeluang untuk menang! Best kan!

Setiap minggu juga akan ada e-baucar lain tau! Jadi kalau korang rasa e-baucar minggu tu tak sesuai, boleh tengok lagi pada minggu yang seterusnya untuk korang dapat apa yang korang nak! Tapi jangan lama-lama pula  sebab selepas 9 ogos, token korang tu dah tak boleh guna lagi. 

Yang mana belum log masuk aplikasi KFC tu, jangan lupa untuk daftar sekarang sebab korang boleh dapat lagi 1 free shake. Ha.. jangan cakap kami tak bagitahu ya!

Ni cara mudah untuk kumpul hadiah tu!

Bagi korang yang kurang jelas tentang cara nak kumpul shake tu, korang boleh tengok langkah-langkah ni ya..

  1. Install & log masuk ke Aplikasi KFC
  2. Beli makanan KFC kegemaran anda dan dengan harga setiap RM20 * = 1 Shake
  3. Tukar Shake untuk Drumstick Token anda untuk mengumpulkan e-baucar KFC

Paling best, korang juga boleh mendaftar masuk pada minggu Bonanza iaitu pada 20 hingga 26 Julai untuk memenangi bekalan percuma ayam goreng selama 1 TAHUN! Seronoknya!

Chuppp! Sebelum korang log masuk untuk shake, ada beberapa tips tau untuk korang maksimum kan akaun korang, antaranya adalah:

  1. Korang tak perlu nak terkejar kejar untuk shake, boleh je buat sepanjang hari korang ikut masa yang berseuaian.
  2. Sebelum kumpul e-baucar, tekan dan pilih Delivery atau Self Collect Tab untuk korang tengok dulu apa yang korang suka. Kalau takde yang sesuai, boleh tunggu pada minggu yang seterusnya pula. Tapi jangan lah terlalu lama ya, sebab setia e-baucar ni ada had nya.
  3. Boleh juga kumpul e-baucar pada tempoh penebusan yang berlainan supaya korang cukup masa dan boleh guna untuk pesanan yang seterusnya.
  4. Akhir sekali, kalau korang ada banyak lagi token, jangan lupa untuk tunggu minggu bonanza (20-26 Julai) dengan 6 token, korang akan berpeluang untuk Shake the Bucket dan memenangi Grand Prize. 

Jom order melalui aplikasi KFC & rebut ganjaran harini jugak!

Tunggu apa lagi guys, jom lah membuat pesanan makanan korang melalui aplikasi KFC dan berpeluang mendapat ganjaran hebat dari mereka.

Kalau nak tahu lebih lanjut, layari je laman web INI.

SKIP THIS AD ×