Jangan ambil mudah ye jika korang seorang penghidap Obsessive Compulsive Disorder (OCD), hal ini kerana, keadaan korang boleh jadi semakin teruk jika tidak dirawat.
Bayangkanlah, tumpuan fikiran korang juga boleh terganggu dan akan mengakibatkan jalinan hubungan sosial dengan orang lain dan keluarga sering bermasalah.
OCD Punca Interaksi Sosial Terganggu!
Menurut, Malaysia Mental Health Association (MMHA) obsesif kompulsif atau OCD boleh dikenal pasti mengikut beberapa kriteria seperti dibawah.
Obsesi dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi (rumination), contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak.
Individu terbabit berada dalam keadaan resah, cemas, tertekan dan merasa tidak selesa dengan persikitarannya.
Sedar dan apa yang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dibuat-buat tetapi datang dari luat atau dikenali sebagai ‘ego alien’ pada dirinya.
Individu tersebut tahu bahawa idea atau bayangan yang hadir dalam dirinya itu adalah karut, tidak logik dan tidak sepatutnya berlaku.
Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah.
Million Loves In Me papar Kehidupan sebenar penghidap OCD!
Filem terbitan JK Holdings ini, merupakan sebuah kisah yang telah diadaptasi dari kehidupan sebenar penghidap simptom OCD. Kisah yang cukup tragis dan sedih ini akan membawa korang menyelami apa sebenarnya konflik yang dialami oleh penghidap OCD yang tidak menerima sebarang rawatan.
Filem yang di bintangi oleh John Y, Lo Koon Lan, Wilson Lee dan Ruby Yap mengisahkan tentang kehidupan dua beranak, Katy yang berusia 45 tahun dengan ibunya yang tak sedar pun diorang sebenarnya penghidap OCD.
Konflik bermula apabila jiran baru diorang mendedahkan yang mereka menahan beratus-ratus ekor anjing di dalam rumah diorang tanpa mengetahui keadaan sebenar Katy dan ibunya.
Bukan itu saja, kehidupan Katy dan ibunya pun nampak cukup mewah sehingga jiran diorang pelik sebab diorang tak bekerja pun! Mana dapat duit? Haa..itu yang korang kena tengok tu. Siap ada adegan Katy cekik ibu dia…. Jeng! Jeng! Jeng!
Nak tahu apa jadi lepas tu, korang kena la tonton Million Loves In Me di pawagam berdekatan dengan korang 24 Mei ini.
POWER! Dah tercalon 100 award!
Filem ni dah pun tercalon dalam 100 Anugerah sepanjang tahun 2016 hingga 2018! Antara anugerah yang diorang dah menang adalah Best Feature Film Award di Award International Film Festival Berlin 2018, Winner 2017 Orson Welles Award California Film Award, VIFF 2017 Best Actor, VIFF 2017 Best Original ScreenPlay dan VIFF 2017 Grand Prix!
Bukan setakat dah menang banyak anugerah yang berprestij ye, filem Million Loves In Me juga mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records sebagai Filem Indie paling banyak menerima anugerah. Hebat kan?
Jujur admin cakap, filem ni memang meruntun kalbu, tengok trailer pun dah sedih. Tak percaya apa admin kata? Korang boleh tengok sendiri trailer kat bawah ni ye. Jangan lupa bawak tisu tau!
Tonton Million Loves In Me jom!
Jom kita pakat-pakat tonton Million Loves In Me! Barulah kita tahu apa sebenarnya pergolakan yang dialami oleh penghidap OCD. Melalui filem ini, mungkin kita akan sedar bahawa kita pun sebenarnya memiliki simptom OCD dan dapat merawatnya.
Jangan ambil mudah OCD! Sebab OCD boleh membawa kepada penyakit mental yang lebih buruk lagi seperti skizofrenia, depresif melampau, psikosis dan kemurungan.
Jadi, jom ramai-ramai kita tengok Million Loves In Me kat pawagam pada 24 Mei ini. Penghayatan pelakon dalam filem ini pasti membawa korang ke dunia sebenar penghidap OCD.
Tambahan pulak, korang berpeluang untuk menang pelbagai hadiah dengan jumlah keseluruhan sehingga RM12,000. Hadiah yang ditawarkan termasuklah Ipad, baucer beli-belah dan sebagainya. Tonton jom!
Facebook: Million Loves In Me
Youtube: Million Loves In me