berita

‘Nak Murah Rezeki Bahagiakan Pasangan Anda’ – Ucapan Ulangtahun Ke-10 Lelaki Ini Tarik Perhatian

April 24th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Setiap hubungan perkahwinan pasti ada pasang surut untuk menguji kesetiaan masing-masing. Di Facebook, lelaki ini mengimbau kembali kenangan sewaktu mula-mula mengenali isterinya 10 tahun yang lalu.

Dari tidak mempunyai apa-apa, kini mereka berdua berjaya harungi susah dan senang bersama. Apa yang menarik perhatian netizen adalah ucapan perhargaan lelaki ini buat isteri tercinta.

Happy anniversary yang ke-10 isteriku

Happy Anniversary yang ke 10 isteriku. Semoga hubungan kita ini kekal hingga ke akhir hayat.

Alhamdulillah, sy sgt bersyukur dikurniakan wanita sehebat wanita ini. Dulu sy bukan sape2 pun, harta pun takda apatah lagi rupa, yang ada hanyalah cebisan2 ayat yang manis. Kahkahkah!

Saya ingat lagi, pinjam kereta ayah sy yang dia jarang naik (sebab dah uzur), pegi isi minyak pastu nak start kereta tu semula dah tak hidup. So ramai yg datang memberikan bantuan utk hidupkan kereta tu. Sy malu gilaaa masa tu dah la bawa awek nk dating pastu menyusahkan pulak tapi sy tgk dia okay je, takde nak merungut ke, malu ke.. Dia just cool & ubah topik perbualan supaya sy tak stresss dan lupakan perasaan malu tu.

Yang td tu masa zaman sekolah, pastu masa kami sambung belajar dekat Kuantan tu sy diuji dengan hanya mampu pakai kereta yang usianya tua & selalu rosak.. Masa perjalanan nak balik ke Kota Bharu, kereta ni buat hal ‘overheat’ so berhenti la tepi jalan dekat Cherating untuk tunggu towing datang pickup. Tggu dalam sejam lebih towing pun datang pickup & dia dgn sy naik towing tu sekali balik ke Kuantan semula (x jadi balik KB) . Dia tak ada pun marah pasal kereta tu & tak malu pun naik towing walaupun orang towing tu drop depan kedai makan yang ramai giler student kolej perhatikan kami. Hahaha

Dia tak pernah sesekali merungut kesusahan sy, dia hanya beri sokongan je pada sy untuk terus maju. Tak pernah perkecilkan kebolehan sy, sebab tu sy hargai dia sangat2. Syukur sgt2..

Siapa yang ada pasangan tu hargailah mereka

Alhamdulillah kehidupan kami semakin lama semakin bertambah baik selepas kahwin pada tahun 2014 dan dikurniakan puteri sulung dalam hidup kami. Anak itu rezeki kan? Dari tak ada apa2 & dulu kami selalu dipandang rendah oleh kawan2 sekeliling, sekarang kami telah banyak mengecapi impian kami yang pada masa dulu kami rasa macam mustahil sgt2.. Kawan2 yg dulu pandang rendah tu, skrg cuba merapat kembali.. Tak apa kami maafkan mereka, sebab mereka lah kami jadi kuat berusaha. Skrg kami hanya rapat dgn org yg ada ketika kami susah shj, sebab kami mmg menghargai org yg ada ketika kami dlm kesusahan.

Sy dapati apa yang menjadikan hidup kami semakin hari semakin baik adalah kami selalu support each other, dalam hubungan kami selalu ada give and take. Gaduh2 tu biasa, tak gaduh tak boleh jugak nanti boring hubungan tu. Kalau nak cerita pahit manis percintaan kami memang panjang dan bykkkkk sgt, hanya orang yang rapat shj yg tahu. Dan jugak orang yang dah biasa follow kami akan tahu perkembangan hidup kami ni macam mana…

Hari tu sy pernah bagitahu, ayat ini amat tepat dalam hidup sy.

“ Perempuan diuji bila Lelaki tidak mempunyai apa-apa, Lelaki diuji bila dia mempunyai segalanya “

Jadi, sesiapa yang mempunyai pasangan tu hargailah mereka, walaupun sekarang kita diuji dengan segala masalah bantulah pasangan kita dengan sebaiknya. InsyaAllah tuhan akan bantu kita pula. Tak percaya, cubalah!

Isteri yang bahagia itu rezeki, suami yang bahagia itu rezeki. So kalau nak murah rezeki cuba2lah bahagiakan pasangan anda.

Sape syg pasangan dia? Cerrr tag, sy cabar awk kalau betul2 syg dia. Huhu

Sumber : Muhammad Hariz

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×