berita

‘Nak Panadol? Nak Nasi Beriani? – Wanita Syukur Dikurnia Ibu Mentua Penyayang, Siap Belikan Barang Elektrik

March 18th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Kashoorga

Bercakap mengenai ibu mentua, tak semua beruntung mendapat ibu mentua yang memahami dan penyayang. Bahkan, dalam drama-drama Melayu juga watak ibu mentua ditonjolkan dengan membawa watak seorang yang toxic dan garang.

Bagaimanapun, stigma tersebut sama sekali tidak dialami oleh seorang wanita dikenali sebagai Ashlynashah, kerana ibu mentuanya sangat baik dan penyayang. Kisah mengenai dia dah ibu mentuanya juga turut diceritakan menerusi satu thread ringkas di laman Twitter.

Ibu mentua penyayang

Foto:Ashlynashah

Menerusi tangkap layar perbualan Whatsapp tersebut, menunjukkan ibu mentuanya sangat mengambil berat terhadap dirinya dan suami. Walaupun tidak menzahirkan rasa sayang terhadap menantunya namun daripada mesej tersebut dapat dilihat si ibu mentua yang begitu sayang akan menantunya.

Sakit badan sebab kami main badminton guys ramai-ramai.. before tu i kerja.. tu yang MIL takut i sakit badan

Bukan itu sahaja, ibu mentuanya juga sempat menawarkan ubat kepada menantunya risau jika mengalami sengal-sengal badan setelah bermain badminton. Tidak berakhir di situ, si ibu sempat menghadiahkan menantunya seterika yang baharu.

Pengalaman lain berdepan dengan ibu mentua

Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen sempat berkongsi pengalaman mereka bersama ibu mentua masing-masing. Perkongsian tersebut secara tidak langsung mengubah persepsi orang yang selama ini ‘takut’ dengan ibu mentua. Jadi lepas ini jangan takut lagi naaa?

Sumber: Ashlynashah

SKIP THIS AD ×