berita

Nak Pilih Laptop Sama Macam Pilih Teman Hidup? HUAWEI MateBook D 15, Ada Semua Ciri Idaman!

January 10th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Nak cari laptop yang sesuai ni ibarat mencari pasangan hidup. Mestilah kena cari yang serasi, kualiti yang baik dan mempunyai perwatakan yang hebat. Semua ni penting untuk pastikan pilihan kita tu tepat.

Haa..kalau korang mahukan semua ciri ini dalam sebuah laptop, HUAWEI dengan siri laptop terbarunya iaitu MateBook D 15 yang berharga hanya RM2,499 adalah jawapannya! Bukan itu je, ada banyak lagi ciri menarik pada HUAWEI MateBook D 15 ni yang pasti memikat hati korang!

Berpenampilan menarik!

Related image

Bila nak cari pasangan istimewa, mestilah kena tengok penampilannya, betul tak? Begitu juga dengan HUAWEI MateBook D 15 ni. Hanya seberat 1.53kg dan berketebalan lebih kecil dari 17mm, ia sangat mudah dan ringan untuk memudahkan korang membawanya sebagai peneman ke mana sahaja.

Mempunyai rekabentuk unik dan berwarna perak metalik dengan kemasan futuristik, HUAWEI MateBook D 15 ni kelihatan sangat elegan dan mesti korang rasa bangga je bila memiliknya.

Sekarang ni, skrin HD dah jadi trend bagi kebanyakan telefon pintar terkini dan HUAWEI MateBook D 15 ni pun tak terkecuali. Ciri paparan skrin FullView HD yang terdapat pada HUAWEI MateBook D 15 ini, membolehkan korang melihat isi kandungan dengan 87% skrin paparan penuh. Ini bermakna korang boleh membaca isi kandungan lebih banyak dalam satu skrin tanpa perlu skroll ke bawah banyak kali.

Kalau korang nak buat kerja dan bahagikan skrin kepada dua untuk menggunakan Excel ataupun Words pun takde masalah dan kerja korang akan jadi lebih mudah!

Malah, dengan resolusi IPS FullView display 1920 X 1080 dan skrin ratio 16:9 korang turut dapat merasai pengalaman menyeronokkan apabila membuat tugasan, menonton movie ataupun bermain game bersama HUAWEI MateBook D 15 ni!

Bersifat melindungi!

Ciri ni pun penting bila nak cari teman istimewa, barulah rasa selamat. Setiap orang pasti inginkan privasinya terjaga. Jadi, HUAWEI mendengar setiap kehendak penggunanya dan mengambil inisiatif dengan menghasilkan ciri kamera tersembunyi pada HUAWEI Matebook D 15 ni.

Kamera tersembunyi yang terletak di antara butang F6 dan F7 ini bercirikan pop up dan hanya berfungsi apabila korang menekan butang gambar kamera. Dah tak perlu risau dengan isu hack siber atau sekiranya korang terakam tanpa sedar.

Matebook D15

Menariknya lagi, HUAWEI Matebook D 15 turut didatangkan dengan ciri FullView Display-Blue Light Filter iaitu TUV Rheinland certified khas untuk melindungi mata korang dari pandangan radiasi berbahaya.

Ia tahu apa yang korang perlu dan mahukan!

Kolaborasi skrin pelbagai

Bahagianya bila seseorang yang istimewa memahami setiap keperluan kita kan? Betul..HUAWEI MateBook D 15 ni memang memahami! Mempunyai fungsi 2 peranti dalam 1 skrin, ia membolehkan HUAWEI MateBook dan telefon pintar HUAWEI korang berkongsi skrin, sekaligus berupaya untuk memindahkan fail dan melihat senarai kenalan dengan lebih jelas di paparan laptop.

Jadi lepas ni korang boleh lebih fokus menyiapkan kerja menggunakan laptop tanpa perlu gangguan dengan peranti lain. Yang lagi best, nak main game pun lebih puas dengan menggunakan skrin yang lebih besarPerlu diingatkan, fungsi ini hanya boleh digunakan jika korang mempunyai telefon pintar HUAWEI sahaja tau!

One-Click Fingerprint Login

Oh ya, HUAWEI MateBook D 15 ni turut dilengkapi dengan ciri One-Click Fingerprint Login, di mana korang boleh power on atau off laptop dengan hanya menggunakan cap jari korang. Kalau lupa password pun tak jadi masalah, sebab korang hanya perlu tekan Power Button menggunakan cap jari dan voila!

Pocket charger

Matebook D15

Leceh betul setiap kali nak bawak charger laptop, dah lah berat! Haa..kalau korang nak tahu, HUAWEI MateBook D 15 ni menggunakan pengecas Type C, yang membolehkan korang berkongsi wayar USB dengan telefon pintar HUAWEI korang. Best kan!

Yang lagi awesome, pengecas ini juga memberikan perlindungan overheat dan secara automatik akan menyekat kuasa elektrik untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin.

Prestasi HUAWEI MateBook D 15, tak perlu disangkal lagi!

Konfigurasi hardware HUAWEI Matebook D 15 merupakan versi AMD, di mana ia menggunakan pemproses Ryzen 5 3500U terkini, kad grafik Radeon Vega 8 Graphics bersepadu, prestasi yang berkuasa dan fleksibiliti hiburan yang luar biasa.

Matebook D15

Siri laptop ini juga dilengkapi dengan dua storan peranti iaitu 256GB SSD dan 1 TB HDD. Ini membolehkan korang menaip dan membaca 50% lebih pantas berbanding saluran memori tunggal! Hebat kan?

Nak cari teman istimewa yang terbaik tu memanglah susah, samalah macam nak mencari laptop yang memenuhi keperluan harian kita. Tapi buat apa susah-susah nak cari lain kalau dah jumpa HUAWEI MateBook D 15 yang menjanjikan prestasi terbaik dan memudahkan urusan harian korang.

Yang lagi penting, tak semua laptop utama di pasaran setanding dengan HUAWEI MateBook D 15 yang bukan sahaja berteknologi tinggi tetapi berharga mampu milik iaitu hanya RM2499. Korang mungkin dah jumpa “teman istimewa” sempena tahun baru 2020 ni. Jangan lupa untuk nantikan pelancarannya pada 18 Januari 2020 ini okay!

Untuk maklumat lanjut, layari huawei.com.my