berita

Nak Resipi Mudah Untuk Masak Berbuka Nanti? Nah Cuba 3 Menu Berasaskan Lada Hitam Ni!

March 21st, 2022 | by Sya Alkaf
Sponsored Post

Menjelang bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, mesti ramai yang dah mula terfikir menu apa nak dicuba untuk berbuka puasa nanti betul tak?

Kami tahu memang ramai yang extra rajin nak memasak bulan puasa ni. Macam-macam resipi korang nak try kalau boleh. Jadi khas untuk korang, kami kongsikan 3 menu berasaskan lada hitam yang pasti akan buat korang bertambah bila makan!

Daging masak black pepper

Kredit foto & resipi: Seismik Makan

Bahan-bahan:

2 sudu besar kicap cair

1 sudu kecil soda bikarbonat

2 sudu kecil tepung jagung

500 gram daging lembu (dihiris nipis)

1 biji bawang merah (dihiris)

3 ulas bawang putih (dicincang kasar)

1/2 biji lada benggala kuning (dipotong dadu)

1/2 biji lada benggala hijau (dipotong dadu)

1 biji cili merah (dihiris)

3 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap pekat

2 sudu besar lada hitam

Sedikit air

2 sudu besar cuka

Gula secukup rasa

1 cawan daun bawang

Cara penyediaan:

  1. Masukkan 2 sudu besar kicap cair, 1 sudu kecil soda bikarbonat dan 2 sudu kecil tepung jagung kemudian masukkan 500 gram daging lembu dan gaul sehingga rata ke dalam satu mangkuk dan perap selama 20 minit (Soda bikarbonat digunakan untuk melembutkan daging).
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan daging dan goreng sehingga separuh masak. Ketepikan.
  3. Dengan kuali yang sama, tumis 1 biji bawang merah dan 3 ulas bawang putih sehingga wangi.
  4. Masukkan setengah biji lada benggala kuning, setengah biji lada benggala hijau dan 1 biji cili merah kemudian goreng seketika.
  5. Masukkan 3 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap pekat dan 2 sudu besar lada hitam kemudian masukkan sedikit air untuk kuah dan gaul rata.
  6. Masukkan daging yang telah digoreng seterusnya gaul untuk sebatikan kuah serta daging.
  7. Masukkan 2 sudu besar cuka dan gula secukup rasa kemudian masukkan daun bawang dan goreng seketika.

Spaghetti goreng lada hitam 

Kredit foto & resipi: Port Resepi

Bahan-bahan:

1 biji bawang Holland (dadukan)

1 labu bawang putih (dadukan)

1 sudu makan black pepper kasar

2 sudu makan serbuk black pepper

3 sudu makan mix herbs

1 benggala hijau, merah dan kuning potong dadu

3 ketul dada ayam potong kiub

setengah kilo udang

3 keping cheddar cheese

Parmesan cheese

Stok ayam

Olive oil

Cara penyediaan:

  1. Rebus spaghetti dan simpan 1 cawan air rebusan untuk digunakan kemudian.
  2. Panaskan olive oil, gorengkan udang serta ayam sehingga masak kemudian angkat dan asingkan dahulu.
  3. Panaskan minyak, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan 2 sudu stok ayam serta spaghetti dan gaul.
  5. Masukkan air sedikit demi sedikit.
  6. Seterusnya, tabur lada bengala dan cili padi
  7. Masukkan sekali daun parsli dan tomato ceri
  8. Masukkan cheddar cheese diikuti ayam dan udang yang dimasak awal tadi.
  9. Akhir sekali taburkan pamesan ke atas hidangan.

Kepak ayam lada hitam

Kredit foto & resipi: Noob Cook

Bahan-bahan:

5 ketul kepak ayam

1 sudu besar campuran lada hitam dan lada putih (ditumbuk/serbuk)

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil minyak bijan

1 sudu kecil kicap cair

1 sudu kecil madu

Cara penyediaan:

  1. Potong bahagian kepak kepada potongan yang lebih kecil untuk dapatkan wingette dan drumette kemudian keringkan ayam dengan tisu
  2. Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam satu mangkuk dan gaul rata ayam bersama bahan tersebut
  3. Tutup mangkuk kemudian masukkan ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam
  4. Setelah diperap ayam boleh dibakar di dalam oven pada suhu 200°C

Nak snek untuk lapik perut? Jom cuba Mamee Monster Lada Hitam terbaru!

Snek legend Mamee Monster dah ada perisa baru sekarang guys! Kami memang teruja habis sebab Mamee Monster ni lama sangat tak keluarkan sebarang perisa baru sebelum ni tau.

Namun penantian panjang kita berbaloi lah geng sebab Mamee Monster akhirnya membawakan snek mi berperisa lada hitam secara kekal ke dalam pasaran! Wohoo..

Haa.. Apa istimewanya perasa lada hitam ni? Mestilah sebab ianya bersesuaian dengan tekak tempatan kita yang sukakan rasa pedas dalam hidangan. Bila kami cakap pedas, memang pedas tau! Sekali suap je korang akan dapat rasa sensasi kehangatan lada hitam tu.

Snek mi yang rangup ditambah pula rasa pedas-pedas dari lada hitam. FUHH! Tak cukup satu pek geng! Lagi pula kalau korang makan sambil tengok TV memang kena sediakan lebih sikit. Kalau tidak, tak puas makan nanti.

Tapi jangan lah makan sorang je. Apa kata korang beli family pack terus dan kongsi dengan yang tersayang. Sharing is caring kan :)

Jadi Pepper Bae’ & rebut peluang untuk menang Samsung Galaxy S22 atau wang tunai RM200!

Disebabkan Mamee Monster sayang kat korang, mereka sediakan hadiah istimewa buat pembeli bertuah! Cara nak menang mudah je, korang hanya perlu rekod video korang perasakan Mamee Monster dengan gaya ala-ala Salt Bae.

Bezanya kali ni kita tukar sikit dia jadi ‘Pepper Bae’ Haa.. Amacam? Dah practice ke tangan tu buat gaya ala-ala kat bawah ni:

Langkah penyertaan:

1. Beli Mamee Monster Lada Hitam family ataupun single pack

2. Rekod video korang bergaya ala Pepper Bae untuk perasakan Snek Mi Mamee Monster

3. Muat naik video tadi ke laman Instagram, tag @iammameemonster dan sertakan #MameeMonsterPepperBaeChallenge

4. Video penyertaan paling menarik bakal dipilih sebagai pemenang

Hadiah utama:

5x Samsung Galaxy S22 5G bersama Mamee Monster X Samsung phone strap

Hadiah mingguan:

20x Wang tunai berjumlah Rm200 untuk dimenangi setiap minggu

Dah jom beli Mamee Monster Lada Hitam sekarang!

Selain boleh didapati di rangkaian supermarket berhampiran rumah korang, snek mi Mamee Monster Lada Hitam juga boleh dibeli secara atas talian melalui Lazada dan Shopee. Senang kan? Haa.. Pergi order cepat!

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai peraduan Mamee Monster ‘Pepper Bae’ korang boleh layari laman web rasmi mereka di SINI.

Lawati juga Facebook dan Instagram rasmi Mamee Monster untuk sebarang update terbaru serta promosi yang dijalankan 

Penafian: Kempen Mamee Monster Noodle Snack Black Pepper tidak ada kena mengena dengan atau diendorskan oleh Salt Bae yang original atau Encik Nusret Gökçe.

SKIP THIS AD ×