Baru-baru, penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah bersama suaminya, Zaidi Tohrin mendedahkan bakal menfailkan saman kepada beberapa individu terkenal atas dakwaan difitnah berkaitan kontroversi sebelum ini. Antara nama yang ‘dipetik’ adalah penceramah motivasi, Amin Idris.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tiada Background Pengajian Agama, Ustazah Siti Afifah Sebar Kenyataan Mengelirukan’ – Amin Idris
Peguam dah sedia
Tidak mendiamkan diri, Amin menyatakan dia bersedia untuk ‘berlawan’ dengan Siti Afifah dan Zaidi menerusi hantaran di Instagram (IG). Kata Amin, peguam lantikannya sentiasa bersedia setiap masa.
Sunnah memang tidak berbohong. Tapi berbohong atas nama Sunnah itu ada. Nak saman? Silakan. My lawyer is ready anytime.
Tuduh para suami dayus takper
Dalam pada itu, Amin turut membidas pasangan suami isteri yang melenting apabila ditegur oleh golongan ilmuan. Kata Amin lagi, ucapan terima kasih yang sepatutnya diberikan bukan ‘meroyan’ di media sosial.
Sebelum ini, Amin mendakwa Siti Afifah tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan yang lain. Katanya, orang ramai perlu berhati-hati kerana dakwanya Siti Afifah banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.
Sumber: Instagram @amin_idris