berita

Nak Shopping, Dompet Tertinggal – Ini Langkah Penting Pengeluaran Wang Tanpa Kad Korang Kena Tahu

November 12th, 2016 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

ohbulan-ahmad-asyraf-asyari

Zaman serba canggih kini semuanya terletak di hujung jari. Pelbagai aplikasi boleh dimuatturun untuk memudahkan urusan seharian.

Begitu juga dengan perbankan intenet, lepas ni kalau lupa bawa kad atm tu jangan risau. Ikuti beberapa langkah mudah ini! Lepas ni dah tak ada alasan lupa bawa wallet lagi :p

Tertinggal dompet?

Semalam pergi Giant Batu Caves nak beli barang dapur. Dah sampai dekat parking cari dompet. Aduh! Tertinggal pula di rumah. Duit dalam poket ada RM2 je. Nak patah balik, memang taklah nak pergi Giant balik lepas tu.

Orang rumah dah pasrah dah muka. Sebelum tu muka ceria nak beli barang-barang untuk buat sandwich dan salad. Ya lah kan, suami nak bawa bekal ke tempat kerja. Sebagai isteri solehah, mesti seronok nak sediakannya pun adui. Hehe

Jadinya, duduk berfikir sebentar.

Baik, kita cuba buat online banking. Dalam kereta ada kad Bank Muamalat isteri yang dah lama tak pakai. Tapi bila nak buat ‘IBFT’ dari Maybank tiadalah pula dalam senarai. Kena cari jalan lain ni.

Terus teringat yang Maybank ada khidmat ‘Pengeluaran tanpa Kad’ atau “Cardless Withdrawal’. Alhamdulillah berhasil. Syaratnya mesti kena ada akaun Maybank. Hong Leong pun ada. Bank-bank lain tak tahu lagi dah ada ke belum perkhidmatan ini.

Boleh tengok gambar-gambar dan baca ‘caption’ di bawah untuk tahu cara ‘step by step’. Manalah tahu jadi pula satu hari pada kita nanti kan.

Langkah-langkah pengeluaran wang tanpa kad

1a

Masuk Maybank2u guna telefon anda. Takkan bawa laptop pula ke pasaraya kan. Klik ‘Account & Banking’

2a

Pilih ‘transfer’ kemudian ‘Cardless Withdrawal’

Isi maklumat yang diperlukan kemudian akan terima mesej melalui SMS.

5

Dapat saja SMS cari ATM Maybank yang berdekatan. Tekan mana-mana butang. Akan keluar skrin pilih bahasa.

Pilih pengeluaran tanpa kad.

col2

Masukkan 16 digit yang dapat dalam SMS.

Lepas tu masukkan lagi 6 digit yang dapat melalui SMS juga.

Ambil wang anda dan penyata. Selesai. Boleh belanja dengan senang hati.

sumber :Ahmad Asyraf Asyari

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×