Bila sebut tentang berjimat cermat dan menyimpan duit ni, mesti ramai yang boleh relate kan? Yelah, dunia dah makin maju, ekonomi pula semakin mencabar, kos sara hidup pun makin lama makin tinggi. Ramai yang menghadapi masalah kewangan dan kesempitan wang sampai kena buat kerja sampingan untuk menjana pendapatan.
Satu lagi jalan penyelesaian ialah untuk berjimat cermat. Jom baca tips di bawah!
Masak di rumah dan bawa bekal
Kalau sebelum ni tiap-tiap hari korang beli makanan di luar, apa kata korang cuba bawa bekal ke pejabat. Ala..tak perlu masak banyak lauk pun, hadkan satu lauk dan satu jenis sayur je untuk setiap hidangan.
Malam sebelum tidur tu, korang prep, masak siap-siap dan bekukan. Esok, tinggal panaskan dalam microwave je.
Memang boleh jimat banyak!
Tutup & cabut suis peralatan elektrik yang tak perlu
Mesti ramai yang tak tahu selagi korang tak cabut plug peralatan elektrik yang korang guna, caj elektrik di rumah korang sebenarnya masih berjalan tau walaupun korang dah switch off suis tu.
Jadi, kalau nak keluar tu, pastikan korang sentiasa alert dan tutup serta cabut plug peralatan elektrik yang tidak digunakan seperti TV, modem internet, penapis air, caj telefon bimbit dan sebagainya. Nak lagi bagus, korang boleh beli peralatan elektrik yang jimat tenaga (5 Star Efficiency).
Kongsi atau batalkan langganan automatik
Sekarang ni banyak je aplikasi atau platform penstriman yang menawarkan servis langganan setiap bulan. Tak kiralah sama ada untuk dengar muzik, tonton movie, ataupun bermain game. Bagi platform yang mewajibkan untuk melakukan pembaharuan automatik, korang boleh batalkan langganan kalau korang rasa tak perlu.
Kalau korang melanggan seorang diri pula, apa kata korang kongsikan keahlian dengan keluarga atau kawan-kawan. Satu akaun, boleh kongsi bayar ramai-ramai. Kan jimat tu!
Cuba elakkan window shopping
Bagi kaki shopping tu, window shopping ni memang bahaya. Kononnya nak jalan-jalan je sambil release stress, tapi akhirnya, mesti terbeli 1 atau 2 barang. Dah terlebih bajet bulan tu.
Sebaik-baiknya, cuba hadkan diri korang untuk pergi ke tempat-tempat yang berpotensi untuk habiskan duit korang seperti shopping mall, uptown ataupun pasar malam . Contohnya hanya pergi sebulan sekali ataupun 2 bulan sekali apabila perlu.
Buat list barang siap-siap!
Sebelum nak beli barang dapur, pastikan korang buat list sekurang-kurangnya sehari awal sebelum pergi membeli belah. Bukan apa, kalau dah ada list, korang dah tahu barang apa yang nak dibeli dan takdelah korang terbeli barang yang tak sepatutnya.
Lagi bagus kalau korang survey dan bandingkan harga dengan tempat lain. Manalah tahu ada promosi ataupun diskaun untuk item tertentu, lagilah jimat!
Beli barang secara online
Kalau dulu ramai yang skeptikal untuk beli barang secara dalam talian, tapi sekarang platform atau aplikasi online ni dah semakin mendapat tempat di hati pengguna. Bukan hanya memudahkan, tetapi korang juga boleh berjimat dengan pelbagai faedah, baucar, kupon dan diskaun yang ditawarkan.
Kadang-kadang, lagi banyak korang beli, lagi banyak yang korang boleh jimat. Hanya tinggal pesan, pilih dan bayar, kemudian barang korang akan dihantar sehingga ke depan pintu rumah.
Jimat berganda-ganda & jadi pelanggan bertuah untuk nikmati 2 bulan langganan PERCUMA beserta baucar tunai bernilai RM50 dengan dengan tawaran istimewa dari pandapro!
Wow, bestnya!
Ini antara kelebihan-kelebihan lain yang korang boleh nikmati:
- Servis penghantaran foodpanda PERCUMA sebanyak 12 kali.
- Diskaun 20% di lebih 20,000 restoran terpilih.
- Baucar diskaun 20% untuk pandamart.
- Diskaun sehingga 25% jika makan di restoran (dine-in) (tawaran ini untuk pelanggan pandapro sahaja).
Kat bawah ni antara pakej langganan pandapro yang korang boleh pilih:
- Satu (1) bulan @ RM8.90, jimat sehingga 70 peratus.
- Enam (6) bulan @ RM6.90/bulan, jimat sehingga 77 peratus.
- 12 bulan @ RM4.90/bulan, jimat sehingga 84 peratus.
Memang berbaloi-baloi! Jadi, apa lagi korang tunggu, jomlah langgan pandapro hari ini juga untuk menikmati semua tawaran hebat ni.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh muat turun aplikasi foodpanda di Apple App Store,Google Play Store dan Huawei App Gallery.