berita

‘Nak Takut Buat Apa?’ – Guru Terkilan Ramai Murid Tak Buat Homework Online

May 13th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

‘Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain’, itulah perumpamaan yang paling sesuai menggambarkan jasa dan pengorbanan seorang guru kepada para pelajar. Segala didikan dan ilmu yang dicurahkan oleh mereka memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Terbaru, seorang guru yang dikenali dengan nama M.K Izzudin menerusi akaun Twitter miliknya ada meluahkan rasa sedih dan kesal dengan sikap segelintir para pelajar masa kini yang bersikap sambil lewa dan langsung tidak mengendahkan ‘homework’ yang diberikan kepada mereka.

‘Ini yang korang balas’

Menerusi perkongsian di Twitter, Izzudin memuat naik beberapa ‘screenshot’ yang memaparkan tweet para pelajar mengenai isu kerja rumah yang diberikan oleh para guru. Kebanyakan daripada mereka seringkali mengambil kesempatan ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk bersantai di rumah tanpa menghadiri kelas atas talian yang dianjurkan oleh guru.

Lebih mengejutkan ada di antara mereka yang sanggup keluar daripada group Whatsapp kelas semata-mata ingin ‘lari’ dari membuat homework. Bukan itu sahaja, para pelajar ini dengan selamba dan tanpa segan silu telah merungut di Twittter mengenai kerja rumah yang diberikan. Tidak kurang juga ada di antara mereka seolah-olah seperti berbangga dengan tindakan mereka itu.

Tolong hormat cikgu-cikgu

Menurut Izzudin yang mewakili guru-guru yang lain memberitahu bahawa untuk menyediakan pembelajaran atas talian bukanlah satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi apabila melibatkan guru-guru lama. Penggunaan sistem teknologi yang canggih pada masa kini juga secara tidak langsung menyukarkan mereka untuk mengaplikasikannya.

Lebih mendukacitakan apabila segala usaha dan pengorbanan mereka untuk menyediakan pembelajaran atas talian ini disia-siakan dan tidak dihargai oleh para pelajar. Dalam pada itu, Izzudin sempat meninggalkan pesanan kepada para pelajar supaya menghormati guru-guru dan lakukanlah kerja rumah seperti yang diarahkan. Perjalanan hidup para pelajar ini masih panjang dan ilmu yang diberikan oleh guru amat penting untuk mereka kelak.

Sistem pendidikan makin mencabar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Twitter dan tidak kurang juga ada dalam kalangan guru yang turut meluahkan rasa sedih dengan sikap dan layanan para pelajar. Menurut mereka, sistem pendidikan zaman kini makin mencabar kerana sikap segelintir generasi muda.

Hormat guru, ilmu akan berkat

Sumber: M.K Izzudin

SKIP THIS AD ×