berita

Nak Tengok Apa Jadi Bila Zizan Razak Cuba Tips Motocross Dari Pelumba-Pelumba Handalan Malaysia?

April 30th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Siri pengembaraan PETRONAS Pengejar Impian kini kembali dan pada kali ni akan menampilkan pelawak terkenal, Zizan Razak bersama juara-juara PETRONAS Cub Prix untuk berlatih sesi latihan penunggangan motocross.

Awalnya, Zizan tak tahu pun kat mana lokasi rahsia untuk sesi latihan ni, konon nak terkejutkan Zizan, sekali crew dan juara-juara PETRONAS Cub Prix yang terkejut dengan skil Zizan yang boleh tahan hebat! Jom kita layan aksi Zizan berlatih motocross bersama wira-wira roda tanah air, sambil pelajari tips-tips keselamatan penunggangan yang berguna dari mereka!

Latihan 1 : Pengendalian brek

Bertempat di tapak latihan rahsia Most Fun Gym, Sungai Penchala, team Pengejar Impian telah pun bersiap sedia dengan sebuah motosikal motorcross bertahap tinggi dan pakaian keselamatan lengkap.

Oh ya, bukan calang-calang tau barisan pelatih yang melatih Zizan ni. Mereka terdiri daripada pelumba-pelumba handalan iaitu Ahmad Afif Bin Amran, Muhammad Haziq Bin Muhammad Fairues dan Muhammad Akid Bin Aziz yang juga merupakan juara-juara PETRONAS Malaysia Cub Prix Championship.

Aktiviti pertama Zizan dimulakan dengan latihan pengendalian brek yang dengar macam simple je latihan ni, tapi sebenarnya ada tiga syarat penting yang perlu diikuti bila mengendalikan brek.

Syarat-syaratnya adalah badan mesti tegak, tayar depan tak boleh lock dan tayar belakang tak boleh terangkat. Ohh, baru tahu!

Latihan 2: Kawal pecutan

Lepas dah lulus latihan pertama, aktiviti kedua diteruskan dengan latihan mengawal pecutan. Perkara yang paling penting sebelum memulakan pecutan adalah tayar tak boleh berpusing di permulaan dan tayar di depan tak boleh terpacak kerana akan mengakibatkan foul.

Haa..yang ni macam sukar sikit bagi Zizan, tapi dia berjaya mengawal pecutan dengan baik pada percubaan ketiga!

Latihan 3: Kawalan mengambil selekoh

Kalau kedua-dua latihan tadi agak susah, latihan yang ketiga ni lebih mencabar. Antara tips yang dikongsikan oleh juara-juara PETRONAS Cub Prix bila mengambil selekoh adalah tak digalakkan untuk memusing throttle dan brek terlalu mendadak.

Untuk momentum yang lebih stabil pula, digalakkan brek sebelum selekoh dan menekan minyak selepas selekoh.

“Puas hati dan boleh improve skil penunggangan”, Zizan Razak

Selesai dengan sesi latihan, Zizan nampak sangat berpuas hati dengan pengalaman yang diberikan dan berharap dengan tips yang dikongsikan oleh juara-juara PETRONAS Cub Prix ni akan digunakan untuk meningkatkan skil penunggangannya di atas jalan nanti.

Korang pun secara tak langsung boleh belajar panduan dan ilmu penunggangan daripada wira-wira dua roda tanah air ni.  Barulah lepas ni boleh menunggang dengan teknik yang betul dan selamat!

Haaa… kalau nak tahu lebih banyak perkembangan dan kisah kejayaan tentang pelumba-pelumba hebat ni, korang boleh ikuti pengembaraan #PengejarImpian #PETRONAS #PETRONASMOTORSPORTS di laman sesawang PETRONAS Motorsports atau layari laman sosial @petronasmotorsports !

SKIP THIS AD ×