Tinggal beberapa hari sahaja lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan mulia iaitu Ramadan dan akan melakukan ibadah berpuasa selama sebulan.
Selain beribadah, sudah tentu ramai yang sudah mula mencari bazar Ramadan manakah yang akan menjadi pilihan untuk mereka membeli juadah berbuka puasa.
Artikel Berkaitan: Kieda Akur Pempengaruh Jason Bagi Rating 4.2 Untuk ‘Crepe’ – ‘Betul, Inti Durian Dimasak Dengan Custard’
Netizen ‘request’ Jason buat review
Jason pls ?? pic.twitter.com/qrdJe5SGHO
— ALAN KENA SABAR (@IniAlalalannn) February 23, 2025
Dalam masa yang sama, sudah tentu ramai yang mengelakkan pembaziran dan tidak mahu menjadi mangsa penipuan peniaga yang menjual juadah yang tidak sedap.
Begitu juga dengan individu yang dikenali sebagai @IniAlalalannn apabila dia meluahkan rasa setuju dengan hantaran dimuat naik portal Seismik Makan yang mencadangkan agar Jason melakukan ‘review’ tersebut.
Kita perlukan Jason untuk makanan masa bulan Ramadan supaya kita semua tak tertipu lagi dengan peniaga yang jual juadah yang tak sedap.
Jason setuju buat ‘review’
Lebih menerujakan apabila Jason dikhabarkan bersetuju dengan cadangan netizen untuk melakukan review tersebut.
Menerusi perkongsian dibuat seorang lagi individu di aplikasi X, dia memuat naik tangkap layar memaparkan hantaran balas Jason yang memaklumkan kesudiannya untuk berbuat demikian.
Sekadar info, Jason yang merupakan pempengaruh yang sangat terkenal dengan ‘content’ melakukan ‘review’ makan secara jujur di TikTok.
Sumber: Aplikasi X