berita

‘Nak Yang Mana? PM Saya’ – Kecewa Gagal Pertukaran, Guru ‘Lelong’ 6 Anak

November 15th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Beberapa hari lepas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan keputusan permohonan pertukaran guru antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi sesi 2019.

Bagi yang berjaya, keputusan tersebut merupakan berita yang paling ditunggu-tunggu. Bagi yang tidak berjaya pula pasti rasa sangat kecewa.

‘Saya kemurungan dah ni’

Mendapat lebih 2k perkongsian di Facebook, luahan kecewa ibu kepada 6 anak ini mengundang perhatian orang ramai. Menurutnya, dia sudah 13 tahun mengajar di Johor. Tambah menyedihkan rumahnya sudah dijual dan perlu mencari rumah sewa yang lain. Sekiranya ada yang berminat, dia mahu ‘melepaskan’ anak.

Apa KPM boleh buat?

Seorang guru turut mempersoalkan apakah yang boleh dilakukan pihak Kementerian Pendidikan bagi membantu guru dan juga ibu tunggal 6 anak ini.

Kalau sudah sampai nak serah anak-anak kepada sesiapapun dan sampai kemurungan, apa yang KPM boleh buat?

Menteri? Menteri mana ada amik kisah langsung hal pertukaran guru.

Wahai YAB Dr Wan Azizah Wan Ismail , tolonglah cikgu ini. Beliau dah kecewa sampai nak serah sahaja anak-anak seramai enam orang kepada sesiapa.

Mahukah lihat anak-anak dipisahkan? Cukuplah cikgu ini terpaksa hidup bersendirian, sekarang masih lagi nak dibiarkan berpisah dengan anak-anak?.

Akan lihat kes ini dengan segera – Dr Maszlee Malik

Prihatin dengan perkara tersebut, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik akan melihat dengan segera dilema yang terpaksa di hadapi guru tersebut.

Saya akan melihat kes ini dengan segera. Saya telah meminta pegawai Kementerian agar mendapatkkan butiran mengenai isu bagi mendapatkan gambaran sebenar. Saya faham situasi setiap  guru yang ingin bertukar sekolah.

KPM mempertimbangkan setiap permohonan pertukaran dengan mengambil kira pelbagai sudut dan faktor. Saya akan teliti kes ini.

Beliau telah meminta pegawai Kementerian Pendidikan menyiasat isu yang dilaporkan oleh Sinar Harian dengan segera bagi tindakan susulan.

Sumber : Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×