Pelakon Johan As’ari terkilan dengan tindakan produksi Kembara Studio yang telah menggugurkan namanya daripada senarai barisan pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan pada Malam Gala 26 Ogos ini di Jakarta, Indonesia.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Masih Berpegang Prinsip Untuk Tidak Hadir Di Jakarta’ – Adi Putra
Rasa kelakar
Ketika ditemui OhBulan!, Johan yang memegang watak Yassin menyatakan perkataan digugurkan itu kedengaran tidak manis selain menganggap perbuatan tersebut sama sekali tidak profesional.
Bagaimanapun, aktor berumur 35 tahun ini bersikap terbuka sekiranya dijemput oleh pengedar atau individu dari Indonesia untuk hadir ke sana.
Saya tertanya-tanya mengapa mereka menggunakan perkataan digugurkan. Tak adakah perkataan lebih indah untuk digunakan?
Saya anggap kelakar dan tidak profesional. Kalau saya tak pergi pun saya okey. Kalau saya dijemput oleh pengedar atau sosok figura dari sana pun saya okey.
Johan berkata demikian ketika majlis pra-tonton filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa yang diadakan di GSC Mid Valley, pada Isnin.
Keluar duit sendiri
Dalam pada itu, ditanya sama ada dia sanggup untuk mengeluarkan duit poket demi bertemu peminat Indonesia, pemilik nama Johan Ariff As’ari berkata, “saya tak kisah keluarkan perbelanjaan sendiri.”
Terdahulu, Johan dilihat meninggalkan respons di ruangan komen hantaran Adi yang membayangkan dia seolah-olah menyokong tindakan Adi.
Kalau abang Kilau tidak hadir ke malam gala filem Mat Kilau di Jakarta, Yasin berat hati untuk ke majlis tersebut,” tulisnya sambil mengiringi komen itu dengan tanda pagar #taatpadayangsatu.
Sumber: Instagram @johanarrif_asari