Pelakon, Datuk Adi Putra, masih nekad untuk tidak hadir mempromosikan Malam Gala Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang dijadualkan bakal berlangsung pada 26 Ogos ini di Jakarta, Indonesia.
Artikel Berkaitan: Adi Putra Terima Bayaran Mahal Untuk Filem Mat Kilau
‘Silent mode’
Menurut Adi, 41, dia masih terkilan dengan tindakan pihak produksi yang sehingga sekarang pihak syarikat penerbitan, Studio Kembara masih bersikap ‘silent mode’.
Saya masih berpegang prinsip untuk tak hadir di sana (Jakarta) melainkan ada pihak pengedaran dan pihak penganjur dari Indonesia yang menjemput saya untuk hadir, insya-Allah saya akan hadir mengikut ruang dan waktu saya.
Sampai sekarang mereka ‘silent mode’ sebab selepas 11 kali mereka hubungi saya, saya tak jawab sebab terkilan. Saya terkilan kerana cuba menghubungi mereka selama dua minggu.
Saya tak menyimpan hati tapi minta maaf dan berlapang dada. Namun, sampai sekarang belum hubungi saya lagi.
Saya berlapang dada kerana kita harus bersikap profesional dan berkata benar. Saya mendoakan supaya 26 Ogos nanti semoga filem Mat Kilau mendapat perhatian besar di sana.
Adi berkata demikian ketika majlis pra-tonton filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa yang diadakan di GSC Mid Valley, pada Isnin.
Pertimbang untuk Mat Kilau 2
Tambah pemilik nama Mohamed Hadi Putera Halim, dia hairan dengan sikap pihak penerbitan yang disifatkan gagal berkomunikasi dengan baik.
Perasaan tepat untuk menggambarkan adalah terkilan. Setiap manusia tidak sempurna dalam masa sama saya hormati penerbit, ikut dan buat seperti diamanagkan dalam kontrak.
Kita dah sempurnakan tanggungjawab. Dah galas dan saya sendiri secara peribadi seperti dikatakan tadi manusia tak sempurna ada perasaan seperti gembira, sedih dan terkilan.
Dalam pada itu, ditanya sejauh mana kesediannya untuk membintangi filem Mat Kilau 2 seperti yang dicanang sebelum ini, Adi masih mempertimbangkan.
Filem Mat Kilau 2 saya akan pertimbangkan. Komunikasi sangat penting. Komunikasi akan pergi pada diskusi.
Jadi, saya akan pertimbangkan sewajarnya. Setiap pengajaran akan ada hikmah terbit sebagai satu iktibar. Saya nak menyatakan untuk laksanakan itu tidak.
Terdahulu, Adi memuat naik hantaran di Instagram (IG) seolah-olah menyindir penerbit filem itu, Studio Kembara yang sukar dihubungi.