Sejak semalam, heboh mengenai isu Program Latihan Khidmat Negara fasa baharu (PLKN 3.0) yang akan disasarkan kepada golongan belia antara 16 hingga 35 tahun kecuali pelajar yang berada di tingkatan lima.
Susulan itu, ramai netizen yang mencadangkan nama pempengaruh seperti Imran Bard, Azfar Heri untuk menyertai program latihan tersebut.
Artikel Berkaitan: Azfar Heri Minta Maaf Tak Fikir Panjang, Sedang Semak Kesahihan Pramugari Kena Tindakan Tatatertib
Imran Bard bidas netizen
Eh! terpalinglah yang suruh aku kawad tengah panas nak bagi aku keras. Aku ni Juara kawad bersenjata ye!! everyear pergi camping and training lembut jugak takdenye keras. Cuba kau jemur punai kau tengah panas tengok dia keras ke dia legam. Ofc LEGAM so Takde kene mengena kan??. pic.twitter.com/17cpBlDegP
— Imran Bard (@imemerang) November 2, 2023
Tidak berdiam diri, Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin tampil membidas segelintir netizen yang dilihat tidak berhenti memuat naik hantaran memintanya untuk menyertai PLKN menerusi aplikasi X.
Menurut Imran, dia sama sekali tidak kisah sekiranya namanya dipanggil untuk menyertai PLKN kerana pernah menjadi sebahagian daripada Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) yang memenangi acara kawad kaki bersenjata satu ketika dahulu.
Eh! terpalinglah yang suruh aku kawad tengah panas nak bagi aku keras. Aku ni juara kawad bersenjata ye!!
Pempengaruh berusia 22 tahun itu juga tidak bersetuju dengan pendapat wargamaya yang mengatakan mereka akan berubah menjadi lebih ‘keras’ sekiranya menyertai program PLKN tersebut.
Setiap tahun pergi camping dan training lembut jugak takdenye keras.
Cuba kau jemur pun*i kau tengah panas tengok dia keras ke dia legam. Mestilah legam jadi tak ada kena mengena.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ternyata terkejut dengan ciapan tersebut dan sama sekali tidak menyangka Imran merupakan salah seorang ahli PKBM sebelum ini.
Mereka juga berseloroh dengan mengatakan pempengaruh itu pastinya akan dilantik sebagai ketua platun sekiranya menyertai PLKN nanti.
Sumber: Aplikasi X