berita

Nama Fabian Loo Sudah Dikenali, Banyak Dipanggil Pergi Uji Bakat

May 15th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelakon, Fabian Loo mengakui drama bersiri yang dibintanginya, One Cent Thief telah mengangkat namanya sebagai seorang pelakon meskipun sudah 10 tahun berada di dalam industri.

Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle Selektif Terima Tajaan Perkahwinan

Artikel Berkaitan: Azira Shafinaz Sedar Penampilan Seksi, Janji Perbaiki Diri Lebih Baik

Lebih dikenali

Aktor berbangsa Cina ini berkata selepas kejayaan drama bersiri tersebut, dia mendapat lebih banyak peluang lakonan dan juga lebih dikenali oleh penonton walaupun sebelum ini sudah banyak terlibat dengan produksi drama Cina.

Saya lihat lebih banyak peluang untuk menghadiri ke sesi uji bakat selepas kejayaan drama bersiri One Cent Thief dan ia merupakan satu perkara yang positif.

Drama itu merupakan ‘highlight’ yang paling penting bagi saya kerana menerusinya, saya lebih dikenali oleh industri dan juga penonton.

Kalau duhulu saya banyak terlibat dengan produksi untuk drama Cina, namun tidak ramai orang akan ingat dan tidak menjadi sebutan seperti One Cent Thief.

Pelakon yang berasal dari Pulau Pinang itu mendedahkan bahawa dia pernah mendapat tawaran untuk melebarkan sayap ke beberapa buah negara namun hasratnya tidak tercapai berikutan wabak Covid-19 yang melanda dunia.

Sebenarnya sebelum perintah kawalan pergerakkan saya bakal ke negara China, Hong Kong dan Singapura namun dibatalkan sebab kos yang tinggi. Jadi sampai sekarang memang tak ada makluman tentang peluang-peluang itu.

Perkembangan terkini

Dalam pada itu, aktor ini turut berkongsi bahawa dia telah selesai menjalani penggambaran sebuah filem yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

Projek seterusya adalah saya terlibat dengan sebuah filem yang berkisarkan tentang kisah pemain badminton paralimpik. Penggambaran sudah pun selesai dan bakal keluar pada tahun hadapan. Watak saya adalah sebagai pemain badminton yang ditimpa kesusahan hidup.

Fabian berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di pratonton Seindah Kasih pada Rabu.

Bercerita mengenai watak, pelakon berusia 33 tahun berkata filem Seindah Kasih sangat memberi kesan apabila dia dilihat berjaya membawa watak sebagai seorang penerbit yang kelakar.

Fabian berkata itu bukanlah sifatnya namun dia banyak mencari rujukan untuk watak itu.

Dah bincang dengan pengarah, dia mahukan satu watak yang bawa ‘tenaga’ di dalam naskah ini. Jadi saya perhatikan beberapa watak komedi seperti itu dan menyatukannya untuk dijadikan satu watak dalam filem ini.

SKIP THIS AD ×