Pelakon Syafiq Kyle bersama pilihan hatinya Mimi Lana kini hanya tinggal untuk melangsungkan perkahwinan sahaja apabila Syafiq mendedahkan segala persiapan telah selesai 100%.
Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle Bakal Beraksi Dalam Siri UK, Sedang Mantapkan Bahasa Inggeris
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tunggu Nak Akad Nikah Saja’ – Syafiq Kyle
Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle & Mimi Lana Kahwin Selepas Raya Aidilfitri
Pemilihan tajaan perkahwinan
Aktor kacak ini meluahkan rasa syukur kerana persiapan hari bahagianya sudah diselesaikan berikutan tuntutan kerja yang memerlukan komitmen penuh.
Persiapan 100% selesai Alhamdullilah. Sebab itu saya nak selesaikan kerja sekarang dan nak mulakan kerja bulan hadapan.
Sementara itu, Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak mengakui bahawa dia dan Mimi mendapat pelbagai tawaran tajaan untuk perkahwinan mereka.
Namun, pelakon ini selektif dalam memilih penaja dan katanya, ada juga tajaan yang terpaksa ditolak.
Ya memang ada beberapa penaja yang mahu menaja perkahwinan saya, tetapi saya perlu memilih kerana bersebab.
Ada juga yang saya ambil untuk tajaan perkahwinan saya. Tetapi ada juga tajaan yang saya terpaksa tolak atas sebab-sebab tertentu bukan tak sudi.
Syafiq berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di pratonton Seindah Kasih pada Rabu.
‘Tiada isu rimas..’
Bagaimanapun, pelakon berusia 31 tahun mendedahkan dia sering kali ditanya tentang hal peribadi sehingga dia merasa kurang selesa.
Janganlah tanya saya saya rimas atau tidak, saya manusia. Ada benda yang sudah saya jawab berkali-kali. Saya nak jawab apa lagi untuk persediaan (kahwin)?
Tiada isu rimas, tak ada isu pun saya tak nak jawab kerana saya telah kongsikan semuanya tentang perkahwinan itu. Jadi tak ada masalah soalan-soalan itu.
Saya sendiri memuat naik gambar Mimi di Instagram. Isunya adalah soalan yang berkali-kali.
Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini ketika diajukan soalan tentang kerisauan isu kemelut rumah tangga, dia hanya berkata apa yang boleh dilakukan bukanlah menilai tetapi melihat dan belajar dari setiap perkara yang berlaku.
Benda itu pun kita lihat dan kita kena belajar tanpa kita menilai. Masalah kerisauan itu ada di mana-mana luar atau dalam industri. Kita tak perlu bercakap, tak perlu menilai tau menuding jari, belajarlah tentang perkara yang kita patut lakukan.
Terdahulu, setelah lama menyulam cinta perkhabaran majlis merisik pasangan ini diketahui umum menerusi hantaran yang di muat naik mereka di Instagram (IG) pada 21 Januari lalu.