berita

‘Nama Pun Syaitan, Memanglah Takut!’ – Perompak Cabut Lari Bila Pemilik Kedai Laung Azan

January 8th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, kita sering mendengar kisah perompak ditangkap polis tapi kali ini belum sempat tangkap perompak sudah lari gara-gara mendengar laungan azan daripada pemilik kedai emas.

Namun, dalam kejadian yang berlaku di Kota Bharu Kelantan ini, suspek telah berjaya melarikan wang tunai dan barang kemas bernilai RM40 ribu.

Perompak lari selepas dengar azan

(Sekadar gambar hiasan)

Dalam kejadian jam 9.20 pagi yang berlaku di Kota Bharu hari ini, hasrat seorang perompak untuk menambahkan hasil rompakan gagal apabila dia terus melarikan diri selepas mendengar laungan azan. Menurut laporan Berita Harian, suspek telah berjaya mengambil wang tunai dan barang kemas bernilai RM40,000.

Anak kepada pemilik kedai, Yuni, 18 diketika ditemui menjelaskan ketika kejadian dia bersama ibu dan seorang ustaz berada di sebuah bilik di kedai berkenaan untuk mengaji al-Quran.

Tiba-tiba seorang lelaki berusia 30-an meluru dan mengacukan parang ke leher ustaz sebelum mengugut ibu supaya menyerah telefon bimbit dipegangnya.

Suspek kemudian mengambil beg tangan ibu yang mengandungi wang dan barang kemas seperti rantai, loket serta gelang yang berada di meja berdekatan.

Sebelum suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal, dia cuba membuka cermin menempatkan barangan kemas, namun tidak berjaya selepas ibu melaungkan azan.

Sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kedai kami baru saja beberapa hari rosak, namun CCTV milik kedai berhampiran berjaya merakam suspek.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan meminta orang ramai tampil memberi maklumat. Menurutnya lagi, setakat ini suspek masih belum dapat dikenalpasti.

Komen netizen

 

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×